suria

Anak perempuan Fatin Afeefa manja dengan ayah baharu, netizen harap jangan ada yang ‘meroyan’

Fatin Afeefa kongsi gelagat anak perempuan obses dengan ayah baharu.

UMUM mengetahui pelakon Fatin Afeefa baharu sahaja melangsungkan perkahwinan bersama seorang jutawan muda dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember lalu.

Sejak berkahwin, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, dilihat semakin bahagia menjalani kehidupan baharu bersama suami apatah lagi sebelum ini namanya sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Berkongsi perkembangan terkini, Fatin mendedahkan meskipun baharu tiga hari melangsungkan perkahwinan dengan Aliff namun dia kini terpaksa berkongsi kasih suami dengan anak perempuannya iaitu Ivy Herra Sophia, 7 tahun.

286880389_315095884159871_5302670255769321875_n

Fatin Afeefa kongsi gelagat anak perempuan rapat dengan ayah baharu.

Fatin memberitahu Ivy cukup rapat dengan Aliff sehingga tak beri peluang kepadanya dan suami untuk bermesra sebagai pengantin baharu.

"Tak bagi peluang langsung budak kecil ini," katanya.

Fatin berkongsi perkara itu menerusi Tiktok miliknya yang turut memaparkan Ivy sedang bermain cincin dipakai Aliff semasa mereka sekeluarga duduk di sebuah kedai makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video perkahwinan, netizen minta jangan ungkit lagi kisah lama Fatin Afeefa

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa menikah? Alha Alfa kongsi foto pakai baju pengantin siap ucap tahniah

Bukan itu sahaja, anak perempuannya itu turut berpimpinan tangan dengan Aliff manakala Fatin pula bersama anak lelakinya, Adam Aisy Arrian, 10 tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Ivy yang begitu teruja dengan bapa baharunya itu.

Malah mereka turut bimbang sekiranya ada pihak yang tidak senang melihat Ivy rapat dengan Aliff.

"Dia pula yang obses dengan bapa dia, risau tengok siapa yang baru kahwin ini. Ivy dah jadi orang ketiga dalam hubungan Fatin, jangan ada yang meroyan sudahlah.

Fatin kongsi gambar bersama Aliff selepas bergelar suami isteri.

"Comel Ivy manja dengan ayah baru, tunjuk lagi Fatin nanti ada yang koyak pula," antara komen netizen.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Spohia.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain