suria

“Jangan nampak murah” - DJ Lin tak tutup pintu hati kahwin lagi tapi jaga martabat sebagai wanita

Mencari teman lelaki bukan keutamaan buat DJ Lin.

PERNAH melalui fasa kegagalan dalam rumah tangga tidak pernah membuatkan penyampai radio Suria FM iaitu DJ Lin menutup pintu hati menerima kehadiran orang baharu sebagai pengganti.

Kata DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid, dia sentiasa percaya pada jodoh dan dan jika ada lelaki yang terbaik untuknya pasti waktu bahagia itu akan tiba.

“Saya tak kisah soal jodoh. Hanya berserah kepada Allah jika dipertemukan kembali dengan seorang lelaki.

dj lin 2

DJ Lin tidak pernah menolak kembali bertemu jodoh.

“Saya sentiasa ingat pesan arwah ibu, katanya kalau jodoh itu milik kita dalam keadaan macam mana sekalipun pasti akan datang,” katanya.

DJ Lin berkata demikian ketika majlis sambutan tahun baru 2023 Suria FM bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sakit perut, badan lemah sampai gelap mata” - DJ Lin dimasukkan ke hospital, menunggu keputusan ujian doktor

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin buka pintu hati untuk lelaki, teringin kahwin lagi - “Cuma tak ada orang nak cuba masuk”

Meskipun terbuka untuk menerima kehadiran seorang lelaki, Lin bagaimanapun tidak mahu terlalu memaksa diri ke arah itu.

Dalam masa sama dia juga sedar bukan mudah mencari seorang teman terbaik dalam hidup yang boleh memahami diri dan kerjayanya sebagai seorang selebriti.

Jangan mudah terima lelaki semata-mata mahu penuhi kekosongan hati

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO

“Saya tiada masa nak kejar lelaki. Biarlah lelaki yang cari saya. Sebagai seorang wanita, martabatnya tinggi dan kenalah jaga. Jangan nampak murah.

“Tidak mudah untuk mencari seorang lelaki yang betul-betul memahami. Jangan mudah terima lelaki semata-mata mahu penuhi kekosongan hati,” ujarnya.

dj lin 3

DJ Lin bersama dua orang anaknya.

Sementara itu, DJ Lin akui dirinya kini bahagia membesarkan dua orang anak di samping kerjaya sebagai penyampai dan Pengurus Besar Suria FM.

“Jalani hidup dengan ponuh syukur dan nikmatinya sahaja,” jelasnya.

Untuk rekod DJ Lin bercerai pada 2006 dan hasil perkahwinan sebelum ini dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurren Aresya, 22, dan Nazrin Asyran, 20.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain