RAMAI mengetahui Bad Indigo sedang dilamun cinta selepas dua kali gagal dalam rumah tangga namun tindakan merahsiakan identiti kekasihnya membuatkan ada menuduh penyanyi itu hanya berilusi tentang mempunyai teman wanita. Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah, 48, bagaimanapun memberitahu dia tidak kisah tentang kata-kata warganet yang membuat pelbagai spekulasi mengenai teman wanitanya kerana paling penting keluarga dan kenalan rapat mengetahui perkara sebenar. "Saya tak faham kenapa netizen nak kata kekasih saya itu ilusi, saya tahu ramai yang menghina saya... dah tua, sakit, dan cacat... Suruh tak payah bercinta... tak payah susah kan orang. Korang ini kenapa nak kumpul dosa? Bad Indigo belum sedia kongsi wajah kekasih. "Buat siapa yang kata ilusi itu, ada sebab kenapa saya tak tunjuk muka dia. Saya cuma nak kongsi kepada followers dan kawan-kawan saya. "Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka. Saya dah lama dalam industri ini, lantaklah orang nak cakap apa pun," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Masih ada cinta dalam hati Bad Indigo, kelu dapat berita Ashira temui pengganti ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama seorang wanita di IG, Bad Indigo tengah bahagia ‘melampau’ Tambah Bad, dia bukan tidak mahu mendedahkkan wajah wanita tersebut namun bimbang sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku sehingga mengganggu hubungan mereka. "Belum masanya lagi, takut nanti macam-macam masalah akan timbul. Mana tahu ada orang dengki atau sakit hati. "Kita sebenarnya pun nak jaga hati pihak sana supaya tidak tertekan dengan perkara-perkara macam ini. Saya cuma kongsi nak kebahagiaan bukan tunjuk muka. BAD INDIGO PENYANYI "Tapi saya akan tunjuk sikit demi sikit. Saya rasa tiada keperluan sangat nak tunjuk wajahnya kepada umum," katanya lagi. Sementara itu, ditanya tentang perkahwinan, Bad memberitahu dia memang merancang ke arah itu namun ketika ini lebih fokus kepada kesihatan dirinya terlebih dahulu. "Umur saya pun dah berapa, tentu saya nak tamatkan zaman solo saya juga. Saya masih mencuba dan tidak tawar hati untuk berkahwin lagi. Bad Indigo sedang dilamun cinta. "Tapi tahun ini saya nak perbaiki diri saya sendiri, saya nak kuatkan kaki dan berjalan semula, baru saya fikir perkara itu (kahwin)," jelasnya. Sebelum ini, perkongsian Bad meriah perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan berkongsi sudah menemui pengganti selepas mengumumkan penceraian dengan penyanyi Ashira sekitar Jun lalu. Bad dan Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI