suria

“Hidung saya sudah cukup cantik” - Zarina Zainuddin jawab tuduhan buat pembedahan kosmetik

Zarina menjawab kekeliruan dalam kalangan peminat.

RAMAI membuat pelbagai spekulasi apabila pelakon Zarina Zainuddin dilihat menjalani pembedahan di bahagian hidung sehingga ada menyangka proses itu dibuat semata-mata demi untuk cantik.

Menjelaskan perkara sebenar, Zarina bekata, dia melakukan pembedahan itu kerana sudah tidak tahan dengan masalah sinus dialaminya sejak sekian lama.

Justeru, dakwaan mengatakan dia membuat pembedahan kosmetik adalah tidak benar sebaliknya atas faktor kesihatan.

zarina 2

Perubahan hidung Zarina menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

"Yang tidak tahu tentang diri saya, anda tuduh macam-macam. Jadi hari ini saya perlu terangkan keadaan sebenar. Saya ada masalah sinus yang teruk dan migrain sehingga selalu sakit kepala.

"Doktor melakukan pembedahan dan membuang semua bendalir dalam hidung. Ingat saya nak hidung macam ini. Hidung saya cukup cantik sebelum ini," katanya.

Zarina menjelaskan hal tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sedih bertukar lucu... Azal terkentut ketika penggambaran bersama Zarina Zainuddin, alasannya ada 'oksigen dan bakteria'

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dituduh buat hidung, rupa-rupanya Lana Nodin pernah kemalangan motor RXZ, perlu ganti plastik secara berkala

Dia juga menunjukkan bahagian muka yang dibedah dan perubahan pada hidung selepas menjalani prosedur tersebut.

Dalam masa sama, aktres ini tegas meminta mana-mana pihak yang sengaja menuduh dia melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan agar segera memohon maaf.

Membaca komen anda pun boleh buat saya menangis dan tambah sakit kepala

ZARINA ZAINUDDIN

PELAKON

"Kepada mereka yang tidak tahu tapi terus menghakimi, jumpa saya dan minta maaf sebelum saya mati. Atau cari saya di akhirat.

"Membaca komen anda pun boleh buat saya menangis dan tambah sakit kepala," jelasnya.

zarina 3

Azal juga mengalami masalah sinus.

Tambah Zarina, anaknya iaitu Azal juga mengalami masalah sama namun tidak dapat menjalani pembedahan disebabkan keadaannya yang menghidap autisme.

"Azal pun alami masalah yang sama tetapi saya tak sanggup nak buat pembedahan sebab keadaan dia begitu. Jadi dia cuma makan ubat sahaja," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain