suria

Artis membisu isu Palestin, Noorkhiriah minta bersangka baik - “Mungkin dalam sujud mereka mendoakan”

Khiriah mohon agar masyarakat sentiasa bersangka baik.

PELAKON Noorkhiriah meminta masyarakat tidak terus menjatuhkan hukum kepada mana-mana selebriti yang tidak menunjukkan sokongan terhadap Palestin secara terbuka di media sosial.

Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 45, sebaliknya berkata, golongan ini mungkin mempunyai cara tersendiri dalam menunjukkan solidariti terhadap umat Islam yang dizalimi di negara bergolak itu.

"Kita janganlah bersangka buruk dengan mereka yang tak berkongsi sokongan terhadap Palestin di media sosial... Mungkin dalam diam atau sujud mereka mendoakan.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 14.57.21

Khiriah minta netizen agar sentiasa bersangka baik.

"Ada sesetengah individu tidak suka menghebohkan (apa mereka buat), jadi kita kena bersangka baik sahaja.

"Cuma satu sahaja yang boleh saya pesan... Kita jangan terlalu banyak cakap takut tersalah cakap," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Disindir bakal masuk neraka membisu isu Palestin, hanya antara Allah sudah memadai - Meerqeen

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makilah saya, jangan libat keluarga” - Michael Ang teruk kena kecam gara-gara isu Palestin, netizen kata tak layak jadi Muslim

Khiriah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media program Gelak 90 Saat yang diadakan di Astro, Bukit Jalil pada Khamis.

Mengulas tentang dakwaan rakan artis yang takut menunjukkan sokongan kerana bimbang hilang tawaran pekerjaan, aktres itu enggan mengulas lanjut kerana takut kenyataannya disalah erti.

Ada sesetengah individu tidak suka menghebohkan (apa mereka buat), jadi kita kena bersangka baik sahaja.

NOORKHIRIAH

PELAKON

Bagaimanapun, Khiriah memberitahu dia percaya kepada rezeki ditetapkan Allah SWT dan tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mahu menunjukkan tanda sokongan terhadap Palestin.

"Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani tapi kalau kita yakin rezeki itu Allah yang beri, kongsi sahajalah," ujarnya.

Sebelum ini, pelakon Meerqeen disindir netizen yang mengatakan aktor berkenaan bakal dicampak ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Khiriah bakal muncul dalam rancangan komedi Gelak 90 Saat yang akan menemui penonton bermula 20 Oktober ini di saluran Astro Warna.

Menurut Khiriah, dia menyertai rancangan itu kerana ingin menyahut cabaran memandangkan bukan mudah membuat orang lain ketawa.

"Saya terima untuk sertai rancangan ini kerana saya seorang yang sukakan cabaran.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 15.02.59

Khiriah bakal muncul dalam rancangan komedi Gelak 90 Saat.

"Bukan senang untuk buat orang ketawa. Pada saya lebih senang untuk buat orang menangis daripada ketawa.

"Tetapi saya bertuah kerana gandingan saya adalah Ieda Moin. Bab-bab lawak saya memang serahkan pada dia," kongsinya.

Selain Khiriah program itu turut disertai oleh Ieda Moin, Namie, Eric Fuzi dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain