suria

Tak fasal-fasal kena kecam kongsi bendera Israel, Baby Shima ada cara berbeza sokong Palestin

Shima tidak ambil pusing dengan kecaman netizen.

PENYANYI Baby Shima sekali lagi menerima kecaman netizen susulan salah faham berhubung perkongsiannya di laman sosial berkait sokongan terhadap Palestin.

Tidak mudah melatah dengan kritikan itu, Shima atau Nor Ashima Ramli berkata misi sokongannya tetap sama seperti semua umat Islam yang lain iaitu mengecam tindakan rejim Zionis.

Namun dia juga ada cara tersendiri dalam menyampaikan bentuk sokongan supaya lebih ramai pengikut di media sosial mengutuk kekejaman Israel itu.

baby shima 1

Perkongsian Shima yang menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

"Tahap pemikiran seseorang berbeza dan begitu juga dengan pemahaman mereka apabila saya berkongsi di media sosial.

"Apa yang saya kongsikan adalah dari pandangan berbeza namun mesejnya tetap sama iaitu mengutuk tindakan kejam Zionis.

"Semaklah dahulu mesej yang saya mahu sampaikan... Jangan mudah nak buat kesimpulan sebelum lihat perkongsian penuh saya itu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin sebab saya tak ada title PU”... Baby Shima lantang isu pendakwah bantah konsert, tiada niat hina agama

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya gelek sebab nyanyi dangdut”... Baby Shima cemburu artis lain pakai seksi dipuji, netizen tak adil

Shima sebelum ini berkongsi satu video menyatakan pendirian dalam menentang keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Bagaimanapun video berkenaan telah disalah anggap apabila dia berkongsi imej bendera Israel sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan pengikut media sosial.

Malah dalam satu hantaran berbeza, dia juga turut memuat naik doa agar Israel dihapuskan namun ia turut menimbulkan kekeliruan kepada mereka yang tidak meneliti mesej itu dengan baik.

Tahap pemikiran seseorang berbeza dan begitu juga dengan pemahaman mereka apabila saya berkongsi di media sosial

BABY SHIMA

PENYANYI

Bukan sekali menerima kecaman, Shima berkata dia sedar setiap perkongsiannya di laman sosial pasti akan menjadi bualan ramai.

"Susah nak tutup mulut orang. Kadang-kala netizen yang menjadikan ia kontroversi sedangkan saya berkongsi perkara benar. Saya dah tak boleh nak cakap apa.

"Takkan saya perlu ikut kehendak semua orang dalam setiap perkongsian. Saya ada cara sendiri untuk menyatakan sokongan," ujarnya.

baby shima 3

Shima sedar setiap tindakannya menjadi bualan.

Dalam masa sama, Shima juga berpendapat setiap komen dan kritikan netizen itu cukup menggambarkan sikap mereka yang mudah membuat kesimpulan tanpa sebarang usul periksa.

"Kalau saya buat baik pun kena kecam. Dari situ dah nampak pemikiran setiap orang berbeza. Kita boleh lihat cara mereka berfikir," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain