suria

Drama dan kontroversi Gegar Vaganza tak dirancang, sejak musim pertama trending nombor satu

Aishah tersingkir pada minggu keempat ASGV.

KONTROVERSI dan drama yang terjadi sepanjang siaran program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) bukanlah gimik yang dirancang untuk menaikkan rating penerbitan rancangan berkenaan.

Perkara itu diakui oleh Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad yang memberitahu program itu sering menjadi bualan ramai sejak musim pertama bersiaran 10 tahun lalu.

"Semua yang berlaku di Gegar Vaganza (GV) berlaku secara natural semula jadi tanpa dirancang. Sejak awal siarannya, GV sentiasa mendapat perhatian.

Raqim selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.

Raqim selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.

"GV merupakan program popular dan ramai penonton mahu memberikan pandangan mereka mengenai program ini.

"Hal ini menunjukkan bahawa GV sentiasa relevan sehingga menjadi trending dan viral dalam kalangan netizen dan penonton Astro," katanya kepada mStar.

Meskipun perlu bersaing dengan beberapa program nyanyian di stesen televisyen lain, Raqim berkata GV masih lagi mengekalkan kedudukan mereka sebagai rancangan nombor satu di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Trending setiap minggu, 6.11 juta tonton All Stars Gegar Vaganza

ARTIKEL BERKAITAN: World class performance! Gandingan Liza Aziz dan Noryn Aziz dapat pujian, satu auditorium berdiri beri penghormatan

Malah, sokongan penonton terus meningkat apabila ASGV menerima tontonan tertinggi selama empat minggu siaran.

"Alhamdulillah tahun ini kami melihat peningkatan ketara dari segi rating saban minggu. Episod empat ASGV mendapat tontonan tertinggi dan mengekalkan kedudukan GV sebagai program hiburan nombor satu di Malaysia.

"Kami sentiasa berfikir di luar kotak untuk mencari idea-idea kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sebuah produk yang hebat.

Gelagat hos, peserta dan juri ASGV mencuit hati penonton.

Gelagat hos, peserta dan juri ASGV mencuit hati penonton.

"Ia tidak mudah dan memerlukan dedikasi yang tinggi... kami tidak boleh terus berada dalam zon selesa dan harus ada pembaharuan setiap minggu," ujarnya.

Selain penyertaan penyanyi hebat dalam program berkenaan, Raqim mengakui kehebatan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta Elly Mazlein yang mengendalikan GV juga menjadi penyumbang kepada kesetiaan penonton.

Bukan itu sahaja, team produksi juga bekerja keras menjayakan GV bagi memastikan program ini kekal menjadi pilihan ramai.

Nabil (kiri) dan Jihan (kanan) selaku hos ASGV.

Nabil (kiri) dan Jihan (kanan) selaku hos ASGV.

"Kami hargai semua hos kami, mereka merupakan tunjang utama yang menjayakan GV dari mula hingga kini.

"Untuk ASGV penampilan 3 hos (Elly, Jihan, Nabil) masing-masing ada kekuatan dan aura tersendiri. Mereka sangat komited dan tak pernah memberikan komitmen setiap minggu.

"Team produksi juga memberikan komitmen yang sangat tinggi dan ada sumbangan tersendiri... daripada kru, peserta hinggalah hos mereka semua menjadi faktor program ini terus kekal relevan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain