suria

[V] Shuhada dah lama ‘move on’, kongsi foto lama dengan Hafidz Roshdi kerana nak tunjuk lemak badan

Shuhada nafi dirinya belum move on daripada bekas suami.

DIDAKWA belum move on kerana masih memuat naik gambar bersama bekas suami iaitu pelakon Hafidz Roshdi untuk mempromosikan produk kecantikan, Nurul Shuhada berkata tindakannya itu adalah atas arahan pihak syarikat berkenaan.

Menurut Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, dia tidak pernah melihat bahan promosi yang disediakan dan hanya mengikut kehendak produk tersebut.

"Saya nak jelaskan dan bagi keterangan, saya sebagai duta produk kelangsingan badan, saya memang sudah tandatangan kontrak dengan mereka. Segala konten, gambar itu memang semua daripada dia (produk) dan saya muat naik sahaja selesaikan kerja.

Shuhadah 4

Gambar yang dimuat naik Shuhada sebelum ini.

"Perjanjian memang saya akan ada posting secara berjadual. Saya cuma buat kerja saya. Saya memang tiada kena mengena dengan gambar dan sebagainya.

"Saya tidak tengok (bahan yang disediakan).. Saya post sahaja," katanya kepada mStar pada Rabu.

Sementara itu, Shuhadah menjelaskan tujuannya memuat naik gambar tersebut adalah kerana pihak syarikat mahu menunjukkan lemak di bahagian belakang tubuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan bulan elak masak sambal sotong, Shuhada takut menangis teringat Hafidz Roshdi... “Ini lauk kegemaran dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Komen sindir Hafidz Roshdi ketika di Tanah Suci, netizen mula muak dengan Nurul Shuhada

"Mereka guna gambar itu sebab nak tunjuk lemak belakang badan saya. Kalau nak buang gambar dia, takkan saya nak terapung, macam pelik pula kan?

"Saya memang tiada niat lain. Bukan tak move on ya, saya dah terlampau move on dah... tak terfikir nak ingat dekat dia," ujarnya.

Diminta memadam foto tersebut, Shuhadah tidak menolak Hafidz menggesanya melakukan hal itu kerana mahu menjaga hati individu lain.

Shuhada bagaimanapun mengakui sedih terpaksa menurunkan foto berkenaan kerana ia merupakan platform mencari rezeki dan menyara anak-anak mereka.

Saya tidak tengok (bahan yang disediakan).. Saya post sahaja.

NURUL SHUHADA

BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI

"Mungkin betul apa yang orang cakap, untuk jaga hati orang lain kot.

"Agak sedih la sebab saya sekarang ini dah jadi ketua keluarga. Cari rezeki dan dan jaga anak tapi pihak sana buat macam itu.

"Patutnya dia membantu senangkan anak-anak. Tidak sangkalah macam itu sekali (perangai) dia," ujarnya.

Pada Selasa lalu, Hafidz menegur bekas isterinya untuk tidak lagi menggunakan gambarnya lama ketika mereka bersama sebelum ini.

Shuhadah 5

Shuhada dan Hafidz berkahwin pada April 2016 dan bercerai pada 27 Julai lalu.

Hafidz meminta supaya gambar yang dimuat naik untuk tujuan mempromosikan produk itu segera dipadam sebelum tindakan diambil.

Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh aktor berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain