suria

[V] “Makilah saya, jangan libat keluarga” - Michael Ang teruk kena kecam gara-gara isu Palestin, netizen kata tak layak jadi Muslim

Michael harap anak dan keluarga tidak dilibatkan sekali.

GARA-GARA mengeluarkan kenyataan menyentuh mengenai isu Palestin-Israel, pelakon dan pengarah Michael Ang mendedahkan dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen di media sosial.

Menurut Michael, 47, hantarannya itu telah disalah anggap menyebabkan dia menerima ugutan, malah keluarga turut dilontarkan dengan kata-kata kesat.

Micheal 1

Michael ketika sidang media.

"Hantaran saya baru-baru ini, saya tidak letak mana-mana nama sama ada Palestin atau Israel tapi Caprice manipulasi mengatakan saya sokong Israel. Saya membangkang tindakan Amerika Syarikat menyokong Israel.

"Itu tidak adil, dia ada berjuta pengikut dan semua orang ingat saya sokong Israel... saya diserang warganet.

"Yang keluarkan apa-apa kenyataan adalah saya, kalau nak maki, sila maki saya. Jangan libatkan anak atau keluarga saya," katanya kepada mStar pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dah jual Lamborghini Aventador, niat sebahagian hasil jualan derma kepada Palestin

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha mungkin hilang kontrak jenama antarabangsa, tetap pendirian bersama Palestin

Michael berkata demikian ketika ditemui di sidang media program realiti masakan, Dapur Tempur Selebriti bersiaran di TV9.

Bukan sahaja kecaman, Michael berkata ada juga netizen memintanya untuk keluar daripada Islam dan kembali kepada agama asal.

"Saya tidak kisah kalau mereka nak suruh saya keluar Islam, ini semua urusan saya dan Allah. Kalau warganet kata saya tak layak bergelar Muslim pun saya tidak kisah.

Yang keluarkan apa-apa kenyataan adalah saya, kalau nak maki, sila maki saya. Jangan libatkan anak atau keluarga saya

MICHAEL ANG

PELAKON DAN PENGARAH

"Saya tidak perlu orang lain mengatakan saya Muslim yang baik," ujarnya.

Sebelum ini, Michael pernah memberi amaran kepada penyanyi Caprice supaya berhenti menjadi batu api terhadap hantaran yang cuba disampaikannya sebelum ini berhubung kelantangannya menghentam rejim zionis tersebut.

Micheal 2

Ada yang meminta Michael untuk keluar daripada Islam.

Menurut Michael, Caprice tidak memahami maksud cuba disampaikan dalam posting tersebut di mana dia berharap dunia tiada peperangan dan mengajak orang ramai mencintai keamanan.

Kedua-dua selebriti ini pernah berkongsi pandangan di media sosial berhubung konflik yang berlaku di Gaza, Palestin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain