suria

Disindir bakal masuk neraka membisu isu Palestin, hanya antara Allah sudah memadai - Meerqeen

Meerqeen akhirnya bersuara isu Palestin.

DISINDIR bakal dicampak ke neraka gara-gara tidak berkongsi sebarang sokongan kepada Palestin, pelakon Meerqeen akhirnya bersuara terhadap perkara itu.

Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, berkata, bukan semua perkara atau kebaikan yang dilakukan perlu dikongsi kepada umum.

"Terima kasih, saya seorang Muslim.

Meerqeen 1

Jawapan balas Meerqeen kepada netizen di Instagram.

"Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim saya sudah jalankan.

"Bukan semua perlu dikongsikan dengan semua," katanya.

Sebelum ini terdapat individu memintanya untuk membayangkan bakal dimasukkan ke neraka disebabkan tidak membuat sebarang hantaran berkenaan Palestin.

Tambah aktor itu, segala kebaikan yang dilakukannya buat saudara di Palestin cukup hanya perlu diketahui oleh Maha Pencipta.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makilah saya, jangan libat keluarga” - Michael Ang teruk kena kecam gara-gara isu Palestin, netizen kata tak layak jadi Muslim

ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel dah jual Lamborghini Aventador, niat sebahagian hasil jualan derma kepada Palestin

"Cukup saya dan Maha Esa tahu apa yang saya buat untuk saudara disana sudah memadai," ujarnya.

Selain itu, dalam hantaran lain, Meerqeen menjelaskan yang dia mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan juga kezaliman terhadap manusia.

Jelasnya, dengan kudrat dan kemampuan yang ada, dia akan terus menjalankan tanggungjawab dalam memerangi kezaliman dan menunjukkan akhlak sebagai seorang Muslim yang sebenar.

"Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.

Meerqeen 2

Meerqeen sentiasa memerangi dan mengutuk kezaliman.

"Saya tidak pernah sesekali pun berpaling dari pendirian saya itu," ujarnya.

Sebelum ini, nama Meerqeen disebut-sebut antara selebriti yang tidak menunjukkan sokongan kepada rakyat di Palestin.

Terdapat juga pihak yang memuat naik semula gambar Meerqeen bersama Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.

Meerqeen menerima kecaman kerana dianggap tidak sensitif memandangkan Gal Gadot berpihak kepada Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain