suria

[V] Bekas isteri dapat hak penjagaan sementara 2 anak, suami Miera Liyana pula dapat seorang

Adibah mendapat hak penjagaan sementara terhadap dua anaknya.

BEKAS madu pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib diberi hak penjagaan sementara terhadap dua anak perempuannya iaitu Nur Liyana, 18 dan Nurin Tasnim, 11, oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Sementara bekas suaminya, Rosland Othman, 50, mendapat hak penjagaan untuk anak keempat mereka iaitu Nur Anisa yang berumur 12 tahun.

Kata Adibah, 50, dia bersyukur serta menghormati keputusan mahkamah, walaupun sudah menjangkakan pilihan anak-anak sebelum prosiding selesai lagi.

Miera liyana 1

Rosland (baju putih) dan Adibah (tudung krim) ketika di perkarangan mahkamah.

“Saya bersyukur dan menghormati keputusan mahkamah, saya berpuas hati dengan pemilihan anak-anak,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Adibah berkata, sebelum ke mahkamah dia berdepan dugaan apabila kereta miliknya mengalami kerosakan.

Lebih malang kata Adibah, keputusan menumpang kakaknya ke mahkamah turut bermasalah apabila kereta tersebut turut rosak.

“Ada ujian sikit, sebenarnya kereta saya gunakan rosak dan sedang dibaiki di bengkel.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak jumpa sejak Februari, bekas madu Miera Liyana akhirnya dapat peluk anak di mahkamah... “Saya okay kalau mereka pilih bapanya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak tahu apa dia nak” - Suami Miera Liyana teruskan tuntutan nusyuz, bekas isteri pertama sedia bela diri

“Kereta tu dah berumur 12 tahun dan mula buat hal, jadi saya tiada kereta saya tumpang kakak saya dan secara tiba-tiba kereta kakak pun buat hal sebelum hadir ke mahkamah.

“Itulah antara ujian... tapi tidak mengapa Palestin lebih teruk ujiannya, saya tetap bersyukur dengan ujian kecil ini,” ujarnya.

Sementara itu, Adibah juga mendedahkan bahawa Rosland ada meminta passport Anisa dan Tasnim untuk membawa mereka keluar bercuti di luar negara.

Namun Adibah enggan menyerahkan passport berkenaan kerana Rosland masih belum menyelesaikan hutang-hutang tertunggak sebelum ini yang telah diperintahkan oleh mahkamah.

Saya bersyukur dan menghormati keputusan mahkamah, saya berpuas hati dengan pemilihan anak-anak.

ADIBAH ABD MUTALIB

BEKAS ISTERI ROSLAND OTHMAN

Sementara itu, Rosland yang mengenakan baju kemeja putih hadir bersama ibu mentua, Aisah Abdullah kelihatan tenang ketika berada di perkarangan mahkamah.

Pihak plaintif yang diwakili peguam Nurul Balqis Nordin tetap dengan pendirian tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan ketika ditemui media.

Kes Hadanah pasangan ini akan bersambung pada tarikh 7 Disember 2023 bagi perbicaraan kes bagi pihak plaintif.

Miera liyana 2

Rosland kini bahagia bersama Miera Liyana.

Rosland dan Adibah sah bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu.

Perkahwinan mereka hanya bertahan selama 28 tahun selepas mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995.

Selain Liyana, Anisa dan Nurin, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26 dan Nur Iffah, 24 tahun.

Rosland kemudiannya bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain