suria

Sweetnya ucapan Fizi Ali untuk isteri, kini sudah mampu senyum gembira sejak kehadiran Zulaikha

Fizi Ali muat naik satu coretan istimewa buat isteri tercinta.

SEMPENA ulang tahun kelahiran isteri yang ke-30, penyampai radio Fizi Ali menitipkan ucapan istimewa buat insan disayangi iaitu Siti Zulaikha.

Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, meluahkan rasa syukur kerana kehadiran Zulaikha memberikan kebahagian yang sangat bermakna buat dirinya dan anak-anak.

"Selamat hari lahir sayang. Terima kasih untuk semuanya kebahagiaan yang awak bagi pada saya, pada anak-anak," katanya.

Fizi Ali muat naik satu coretan istimewa buat isteri tercinta.

Fizi kini kembali gembira setelah berkahwin bersama Siti Zulaikha.

Fizi meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.

Dalam pada itu, Fizi turut mengimbas janji yang pernah dibuat Zulaikha untuk mengembalikan semula senyuman dan kegembiraan yang telah hilang sebelum ini.

Kata Fizi, sejak kedatangan Zulaikha senyumannya muncul semula dan dia kembali gembira melalui kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali kota janji bawa anak pergi ‘waterpark’, Ameena seronok sangat sampai tidur pun pegang tangan kakak tiri

ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun hidup menduda, Fizi Ali umum sudah kembali bergelar suami

"Saya ingat satu janji awak. Awak akan buat saya tersenyum balik dan ya Alhamdulillah senyuman itu datang balik apabila kembali dalam hidup saya.

"Terlampau banyak saya nak katakan tapi saya tidak pandai menulis. Cuma satu sahaja, terima kasih menjadi bidadari saya. Selamat ulang tahun. Maaf tidak ada sambutan. Sayang awak.

"InsyaAllah kita akan tempuh semua sama-sama. Saya sayang awak," ujarnya.

Fizi Ali 1

Fizi dan Siti Zulaikha bernikah pada 23 Oktober lalu.

Pada 23 Oktober lalu, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Siti Zulaikha.

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018.

Namun pasangan itu bercerai pada Disember 2021.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama perempuan yang diberi nama Ameena Sofia, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain