suria

Bagi komen pedas di FD3, Ajai tak kecil hati jika ada peserta buat video sindiran... Tetap jujur dalam penjurian

Ajai tidak mengambil hati jika ada individu yang menyindirnya.

PENYANYI dan komposer Ajai berkata dia tidak terasa hati sekiranya ada peserta Famili Duo musim ketiga (FD3) yang meluahkan rasa kurang senang dengan kritikannya semasa menjurikan program berkenaan.

Ini termasuklah laporan sebuah portal yang mendakwa Ryan dan Adam Bakery memuat naik video sindiran di media sosial.

Kata Ajai atau Mohd Faizal Mas, 48, dia hanya menjalankan tugas sebaik-baiknya dan tidak ambil pusing dengan kata-kata netizen mengenai cara penjuriannya itu.

"Saya tidak ambil hatilah.

ajai3 - 1

Komen yang diberikan Ajai kepada Ryan dan Adam dikatakan agak keras.

"Pada saya, saya berkomunikasi (memberi komen) dengan peserta. Apa sahaja reaksi peminat dia dan peminat saya itu adalah perkara individu masing-masing.

"Saya tidak meletakkan kelemahan mendengar kritikan netizen membuatkan saya lemah semangat untuk beri komen tentang perkara yang benar," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan dapat pujian Ajai, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran juara minggu kedua Famili Duo 3

ARTIKEL BERKAITAN: "Agak sikit ya!" - Tajam jawapan Ryan Bakery isu influencer dituduh perosak industri muzik, masuk Famili Duo bina keyakinan diri

Ajai berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Exists Borneo Tour yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada Ahad lalu, Ajai kurang berpuas hati dengan persembahan Ryan dan Adam yang menyanyikan lagu Kau Tigakan Cintaku nyanyian asal penyanyi Indonesia iaitu Elkasih.

Menurut Ajai, nyanyian adik-beradik itu kurang enak didengar sehingga menganggu pendengaran telinganya.

Saya tidak meletakkan kritikan netizen membuatkan saya lemah semangat untuk beri komen tentang perkara yang benar.

AJAI

PENYANYI/KOMPOSER

"Awak (Ryan dan Adam) matikan diri awak sendiri apabila menyanyikan lagu ini. Tidak ada ke yang beritahu awak tak sedap menyanyi lagu ini?

"Tak sedap langsung... pemilihan lagu yang salah dan ton suara tak sedap. Jadi apa yang awak berdua menyanyi semuanya tidak sedap," ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan komen pedas yang diberikannya itu, Ajai memberitahu penjelasannya itu tidak ditulis dengan lengkap oleh laporan portal berita di media sosial.

Kata Ajai, Ryan dan Adam hanya tersilap memilih lagu yang tidak sesuai membuatkan persembahan mereka teruk pada minggu kedua.

ajai2 - 1

Ajai bertindak sebagai juri tetap untuk FD3.

"Penjelasan saya tidak ditulis dengan lengkap, saya cakap... tidak ada orang beritahu ke lagu untuk minggu ini tak sedap kamu nyanyi?

"Kalau mereka (Ryan dan Adam) ada masalah dalam nyanyian daripada minggu pertama saya sudah tegur. Jadi maksudnya saya meminta mereka untuk cantikkan diri, jangan nampakkan keburukan pada vokal," jelasnya.

Selain fokus kepada vokal, Ajai berkata program FD3 juga mengambil kira kreativiti peserta mempersembahkan nyanyian yang sedap didengar.

"Saya pun beritahu mereka bukannya penyanyi, sebaliknya content creator. Bila ditegur seperti itu, ia bukanlah profesion sebenar mereka, jadi mereka tidak perlu down.

"Famili Duo ini bukan 100 peratus pertandingan vokal... tetapi penonton dan juri nak dengar nyanyian yang sedaplah.

ajai1 - 1

Ajai memberikan kritikan jujur kepada persembahan Ryan dan Adam di FD3.

"Saya tidak kata secara keseluruhan apa yang mereka nyanyi tidak sedap. Kalau mereka menyanyi lagu yang tepat... tidak akan timbul masalah seperti ini (nyanyian tidak sedap)," katanya.

Terdahulu, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, memuat naik content pendek berjudul ‘mental kena kuat’ di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Ryan menegur Adam yang kelihatan muram kerana membaca komen-komen yang diberikan netizen.

Ryan pada awalnya kelihatan tenang bagaimanapun menangis selepas membaca komen berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain