suria

Fitnah Shakilla Khoriri berzina dengan suami orang, wanita dari Terengganu tampil mohon maaf

Shakilla berang difitnah berzina dengan suami orang.

BERANG dituduh melakukan perbuatan zina dengan suami orang, pelakon Shakilla Khoriri bertindak mendedahkan identiti individu yang melemparkan fitnah tersebut.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 34, juga mengajak individu itu bertemu dengannya memandangkan dia bakal menjalani penggambaran di Terengganu iaitu lokasi sama wanita berkenaan berada.

"Assalamualaikum. Khamis saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? nak dengar juga cerita yang I lagi tak tahu.

Shakilla 1

Wanita tersebut telah membuat permohonan maaf kepada Shakilla.

"Nak tahu juga suami orang mana yang saya sudah main tu sebab mak ayah adik kakak saya pun tengah tanya ni. Awak nak contact saya atau saya suruh orang cari awak? Pilih la. Jumpa esok malam," katanya.

Shakilla meluahkan rasa marahnya itu dalam satu hantaran di Instastory pada malam Rabu.

Tidak lama kemudiannya Shakilla memuat naik permohonan maaf yang dilakukan individu berkenaan.

Menerusi kapsyen, pelakon itu berkata tindakannnya mendedahkan perkara itu kerana mahu menjaga nama baiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Gambar mesra... itu memang khilaf saya” - Shakilla Khoriri menitis air mata, sedih dituduh ‘mandrem’ suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri ulas foto laga kepala, lentok di dada suami orang... Ajak penyebar fitnah bersemuka

Shakilla turut berpesan supaya orang ramai berhati-hati dalam meninggalkan komen yang masih belum diketahui kesahihannya.

"Maaf tapi lagi sekali saya terpaksa buat macam ini lagi. Kenapa eh? Kenapa? Tolonglah hati-hati menulis.

"Nak mengumpat ke nak mengutuk ke terpulanglah asal dibelakang orang itu. Itu dosa kalian.

"Jangan sampai menulis dan jatuh fitnah pada seseorang. Saya tengok dia ni ada suami dan anak, jadi sedih. Kenapa buat macam ni?" ujarnya.

Shakilla 2

Shakilla sebelum ini pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan suami orang.

Sebelum ini, timbul dakwaan apabila mStar menerima kiriman email daripada individu tidak dikenali yang menyatakan Shakilla sedang hangat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Menurut sumber itu, lelaki tersebut seorang ahli perniagaan dan pernah mengikuti Shakilla ke Sabah bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen.

Bagaimanapun, Shakilla menafikan perkara itu dan berasa kecewa apabila melihat keluarganya turut terkesan dengan fitnah yang disebarkan itu.

Malah, dia menegaskan lelaki yang dikaitkan itu bukanlah suami orang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain