suria

Cucu Normah Damanhuri peserta HeroDewi Remaja 2023, Fitri Farok mahu terus legasi nenek

Normah banyak beri galakan buat Fitri.

PESERTA HeroDewi Remaja 2023 Fitri Farok menjelaskan dia menyertai program berkenaan kerana mahu meneruskan legasi neneknya iaitu pelakon Normah Damanhuri dalam bidang lakonan.

Fitri atau Muhammad Fitri Mohd Farok, 24, berkata, dia juga serius mahu bergelar seorang pelakon seperti Normah dan berharap program berkenaan dapat membuka peluang kepadanya pada masa depan.

"Mungkin ada orang di luar sana tidak mengenali saya tetapi pelakon Normah Damanhuri merupakan nenek saya.

fitri farok 1

Fitri serius mahu bina kerjaya dalam bidang seni.

"Tujuan saya sertai program ini pun bagi meneruskan legasi nenek saya dalam bidang seni dan menjadi hasrat saya untuk bergelar pelakon sepertinya," katanya kepada mStar.

Fitri berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Hero Dewi Remaja yang diadakan pada Selasa.

Dalam pada itu, Fitri yang juga model berkata, Normah banyak memberikan nasihat serta membantunya bagi membuat persediaan untuk bertanding dalam program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin isu Palestin, Scha Alyahya tolak secara baik jemputan jenama antarabangsa ada kaitan Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Awie, Wings anjur acara solidariti untuk Palestin... Konsert The Rock Emperor tetap berlangsung Disember ini

Ini termasuk membina keyakinan diri di hadapan kamera selain belajar membaca dan menghafal skrip dengan mudah.

"Nenek juga menasihatkan saya untuk jadi diri sendiri, jangan takut kamera selain yakin serta sentiasa berusaha dan jangan cepat mengalah," ujarnya.

Fitri turut memberitahu ibu saudaranya iaitu Liana Rosli atau Kak KM juga teruja dengan penglibatannya dalam HeroDewi Remaja 2023.

Tujuan saya sertai program ini pun bagi meneruskan legasi nenek saya dalam bidang seni dan menjadi hasrat saya untuk bergelar pelakon sepertinya

FITRI FAROK

HERODEWI REMAJA

Sementara itu, HeroDewi Remaja musim kali ini bakal memperlihatkan seramai 16 orang peserta bakal berentap merebut gelaran juara.

Selebriti popular dan juga juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir terlibat menerusi edisi Hero Remaja 2021.

Ketua Bahagian New Gen dan Men & Hobbies Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Fiezreen Ahmad berkata pencarian HeroDewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan pada musim kali ini.

hero remaja 1

Barisan peserta HeroDewi Remaja 2023.

"Apa yang menarik edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi.

"Semestinya bakal memberikan perspektif baru dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik.

Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara," ujarnya.

HeroDewi Remaja 2023 bakal bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Ria.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain