suria

Azmir Saifuddin CEO baharu Finas

Azmir memulakan tugas sebagai CEO Finas.

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu iaitu Datuk Azmir Saifuddin berkuat kuasa pada 1 November.

Azmir yang memegang jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun sehingga 31 Oktober 2025.

Pemilihan Azmir dilihat bertepatan dengan misi dan hala tuju Finas kerana belia juga mempunyai pengalaman luas dalam industri seni.

azmir finas 2

Azmir mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni kreatif.

Dalam satu kenyataan Finas menyebut pelantikan Azmir juga diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan kualiti industri perfileman tempatan.

"Berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang luas dalam industri kreatif, Finas akin Azmir mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem ke tahap yang lebih tinggi," jelas kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak CEO Finas ditamatkan 24 jam, Md Nasir anggap dizalimi... Dakwa wujud unsur kroni

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan tamat sebelum tempoh, Md Nasir saman Fahmi Fadzil dan Finas RM134,000

Azmir juga bukanlah nama asing dalam agensi Finas kerana sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah antara Januari 2017 hingga 2019.

Beliau memiliki ijazah dari Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom dalam bidang pengkomputeran.

nasir 1

Jawatan CEO Finas sebelum ini disandang Nasir.

Sebelum ini juga Azmir pernah brkhidmat sebagai Pengarah Urusan di Base FX selepas memulakan kerjaya di Bahagian Kreatif Multimedia, Perbadanan Digital Malaysia (MDEC)>

Pelantikan Azmir ini bagi menggantikan Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang mana perkhidmatannya ditamatkan secara mengejut pada 1 Jun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain