suria

Shuib marah pembantu rumah alih baju terakhir Siti Sarah, simpan buat pelepas rindu

Shuib selalu berkongsi kenangan lama bersama arwah Siti Sarah.

ISTERI kepada Shuib mendedahkan penyampai radio Suria FM itu pernah memarahi pembantu rumah mereka gara-gara mengalihkan baju terakhir yang dipakai oleh Allahyarham Siti Sarah.

Watie atau Fatinikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, pakaian itu juga sering dibawa Shuib ke mana sahaja dia pergi sebagai pelepas rindu terhadap arwah yang meninggal dunia dua tahun lalu.

"Ini pakaian terakhir arwah (Siti Sarah) Daddy (Shuib) bawa ke mana-mana pergi. Dia pegang dan cium. Setiap kali buka almari mesti akan nampak.

watie shuib 2

Pakaian terakhir Siti Sarah yang masih disimpan rapi.

"Pernah bibik baru yang tidak tahu ini baju arwah, dia alihkan. Bibik kena marah," katanya.

Watie berkongsi perkara itu di Insta Story miliknya menjawab soalan pengikut di laman sosial Instagram.

Menurutnya lagi Shuib selalu berkongsi kenangan lama bersama arwah selepas mereka mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Fitnah dah lama kenal Shuib sebelum pemergian Siti Sarah... Watie tunjuk bukti suami hantar DM mengurat

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin RM1.7 juta Shuib, Watie disatukan dengan sekali lafaz

Dalam satu hantaran berbeza, Watie turut menceritakan kali pertama dia menziarahi kubur Allahyarham Siti Sarah.

Tambahnya niat ikhlas menjadi isteri Shuib serta ibu kepada anak-anaknya suaminya itu membuat dia tidak pernah takut akan kecaman banyak pihak.

"Saya cakap (ketika di kubur), doakan saya dari jauh. Kalau memang saya jodoh suami kakak (Siti Sarah). Doakan semoga jalan ini dipermudahkan. Kakak jangan marah saya.

watie shuib 3

Watie bersama Shuib dan anak-anak serta bapa arwah Siti Sarah.

"Kalau kita percaya dengan niat, insya-Allah rasa takut akan hilang dengan sendiri," ujarnya.

Untuk rekod Watie dan Shuib melangsungkan pernikahan pada 23 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup bersama Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain