suria

Nama kena petik kaki kikis duit wanita, fitnah jahanamkan karier Taufiq Hanafi

Taufiq nafi dakwaan kaki kikis duit wanita.

PELAKON Taufiq Hanafi meluahkan rasa terkilan dengan penerbitan artikel menggambarkan dia sebagai seorang yang gemar mengikis wang wanita.

Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 32, berkata, pada awalnya dia tidak mengambil pusing tentang artikel berbentuk gosip itu ramai mula memetik namanya berdasarkan klu diberikan.

"Saya ada baca sebuah artikel yang ditulis secara agak terperinci butirannya namun saya tak mahu ambil kisah dan anggap berita itu tentang artis luar negara.

taufiq1 - 1

Taufiq tidak senang apabila namanya mula dipetik netizen.

"Tapi apa buat saya rasa tak sedap bila netizen secara terang-terangan memetik nama saya sebagai individu dimaksudkan," katanya ketika dihubungi mStar.

Menerusi artikel berkenaan, seorang pelakon lelaki yang pernah muncul dalam sebuah filem genre ketenteraan didakwa sebagai kaki kikis wang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Taufiq Hanafi serius nak kahwin, harap ada jodoh dengan pengacara TV3... Siap minta Anim Ezati ajar jadi bapa penyayang

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah hampir setahun putus tunang, Taufiq Hanafi kini rapat dengan personaliti TV Anim Eza

Tidak hanya itu, tunang individu berkenaan turut menjadi mangsa sebelum ditinggalkan tanpa mengumumkan perkara itu secara terbuka.

Menjelaskan isu itu, Taufiq memberitahu ikatan pertunangan dengan Farah Azrina berakhir dengan baik tanpa sebarang sengketa di antara mereka.

Netizen secara terang-terangan memetik nama saya sebagai individu dimaksudkan.

TAUFIQ HANAFI

PELAKON

Malah kata pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu mereka masih berhubung malah pernah menghantar mesej mengucapkan selamat hari raya kepada Farah.

"Nak kikis apanya? Saya pun hidup dalam keluarga yang Alhamdulillah semuanya serba mencukupi.

"Kenapa saya nak kena buat macam tu (kikis duit)... Saya ada keluarga yang boleh bantu saya sekiranya saya susah dan tuduhan itu tak manis sebab turut melibatkan mereka," ujarnya.

Tidak melatah dengan gosip berkenaan, Taufiq sebaliknya hanya mahu membersihkan namanya daripada gosip yang disifatkan sebagai fitnah.

"Saya hanya mahu bersihkan nama saya... Kalau bukan nama saya yang dimaksudkan oleh gosip itu Alhamdulillah.

taufiq2 - 1

Taufiq mahu membersihkan namanya daripada fitnah.

"Tapi kalau gosip itu memang fitnah dan nak menjatuhkan kerjaya saya, saya tak boleh nak kata apa dan hanya berserah kepada Allah untuk membalas perbuatan mereka," ujarnya.

Untuk rekod, Taufiq dan Farah melangsungkan majlis pertunangan pada 20 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, pertunangan mereka berakhir pada awal tahun ini dan Taufiq mula rapat dengan personaliti televisyen Anim Ezati sejak September lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain