suria

Jangan hanya kejar rating, PVTM minta produksi lebih hati-hati tulis skrip elak dipandang serong

Jurey Latiff minta produksi lebih hati-hati tulis skrip elak dipandang serong.

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM) meminta supaya pihak yang terlibat dalam pembikinan drama agar lebih berhati-hati dengan penulisan skrip dan dialog agar tidak menimbulkan salah faham dalam kalangan penonton.

Presidennya, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, setiap dialog yang disebut dalam lakonan boleh menyebabkan implikasi buruk serta mengundang kecaman bukan sahaja kepada pihak produksi tetapi pelakon.

"Kita tidak mahu lagi dipandang serong oleh masyarakat dek hal-hal sebegini. Dulu pernah heboh klip adegan panas dan macam-macam lagi yang menyebabkan masyarakat memandang serong kepada warga produktif televisyen.

Jurey  2

Jurey harap produksi dapat elak tulis skrip yang mengundang kecaman.

"Kami mohon semua yang terlibat agar mengambil berat hal ini dan berhati-hati. Berkarya itu boleh tetapi ada batasnya," katanya.

Jurey berkongsi perkara itu menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Rabu.

Tambah Jurey, pihak stesen televisyen juga seharusnya lebih bertanggungjawab dalamsoal itu dan tidak hanya mengejar populariti semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar dengar Janna Nick ‘bersumpah’ depan makam Rasulullah... Ustazah Asma’ kecewa sikap tak sensitif produksi ‘Surat Dari Tuhan’

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima ‘pulang paku buah keras’, sindir Janna Nick isu sumpah depan makam Rasulullah

"Jangan hanya mengejar populariti atau rating semata tanpa segan silu mencari atau menggunakan kaedah mengundang kecaman demi populariti," ujarnya.

Sebelum ini sedutan promo drama Surat Dari Tuhan mengisahkan tentang Misha lakonan Janna Nick iaitu seorang menantu jahat yang mendera ibu mentuanya Rafilah (Sheila Mambo) tular di media sosial.

Ia menjadi kecaman apabila Misha memarahi ibu mentuanya di dalam bilik hotel ketika mereka sedang menunaikan umrah dengan menggunakan ayat ‘depan makam Nabi ini, kalau Ryan benci aku, kat Tanah Suci ni juga kau mampus.'

553 (1)

Jurey juga berpesan supaya stesen televisyen juga cakna akan perkara itu.

Disebabkan perkataan itu, bukan sahaja netizen, malahan pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun turut meluahkan kekecewaannya kepada pelakon dan pengarah drama kerana bersetuju untuk menggunakan dialog tersebut di Tanah Suci.

Mereka juga mengecam babak dalam bas yang memaparkan Misha memarahi seorang ustaz yang sedang memberikan tazkirah.

Selain itu, Misha juga mengutuk tempat yang mereka lalui busuk dan menjerit meminta ustaz tersebut bergerak dengan cepat.

Drama arahan Pali Yahya ini dibintangi oleh Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera yang sedang ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain