suria

Ibu mentua Ajai meninggal dunia

Ibu mentua Ajai dilaporkan meninggal dunia.

PENYANYI dan komposer Ajai memaklumkan ibu mentuanya iaitu Asmah Hashim meninggal dunia pada petang Selasa.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi Ajai atau Mohd Faizal Maas, 49, menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

AJAI - 1

Ajai tidak berkongsi punca Allahyarham meninggal dunia.

Ajai turut memohon orang ramai untuk mendoakan supaya Allahyarham ibu mentuanya itu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Ibu mentua saya baru sahaja pergi (meninggal dunia) bertemu Allah SWT. Minta sahabat semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Asma Hashim.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nourul Wahab dan anak perempuan sudah berbaik, Ajai lega masalah selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi komen pedas di FD3, Ajai tak kecil hati jika ada peserta buat video sindiran... Tetap jujur dalam penjurian

"Semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," tulisnya.

Bagaimanapun, penyanyi itu tidak memaklumkan punca kematian Allahyarham.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain