PELAKON Margaret Gan masih mahu berlakon walaupun usianya kini sudah mencecah 81 tahun. Margaret berkata, banyak produksi mungkin menyangka dia sudah tidak mampu berlakon dan meminta datang berjumpa dan melihat sendiri keaadaannya. Katanya, walaupun usianya sudah lanjut dia masih mampu berlakon malah masih boleh memandu kereta sendiri ke lokasi penggambaran. "Datanglah jumpa dan tengok keadaan saya. Saya masih sihat lagi. Kalau tak jumpa macam mana boleh tahu saya sakit. Margaret menerima kunjungan Azmir (tengah) dan Zed Zaidi (dua dari kanan). "Orang ingat saya dah berusia dan tak mampu nak berlakon. Saya masih boleh bawa kereta lagi. Kalau nak berlakon pun masih boleh! "Cuma perlulah ada had masa. Saya tidak ada masalah untuk terima jika ada sudi memberikan tawaran," katanya kepada mStar. Margaret berkongsi perkara itu ketika program Ziarah Seni Madani Finas 2024 yang diadakan di kediamannya di Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Margaret Gan tiada rahsia kekal sihat di usia 80 tahun, jaga makan dan buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perjalanan Margaret Gan selepas peluk Islam, belajar baca al-Fatihah... Syukur ada anak dan cucu imamkan solat lima waktu Tambah pelakon ini dia juga sedia berbincang soal harga bayaran sekiranya menerima tawaran. Dalam masa sama Margaret turut meluahkan rasa kecewa apabila ada produksi yang menawarkan harga terlalu rendah sehingga RM250 untuk satu episod. “Ada yang hubungi saya tawarkan harga RM250 dan saya terus tolak. Saya pun tak tanya lanjut malah tidak tahu produksi mana yang menghubungi. Saya masih sihat lagi. Kalau tak jumpa macam mana boleh tahu saya sakit. MARGARET GAN PELAKON “Saya ada harga saya namun masih boleh bincang. Apabila ada yang dengar harga mereka terus senyap kononnya ia terlalu tinggi. “Apabila terlalu rendah rakan-rakan pelakon senior pula bising. Mereka kata merosakkan harga pasaran untuk pelakon seusia kami. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana lagi,” ujarnya. Kali terakhir Margaret menerima tawaran adalah pada tahun 2018 dan kini dia banyak menghabiskan masa di rumah. Bercakap tentang sumbangan yang diterima, Margaret meluahkan rasa syukur apabila ada pihak yang masih prihatin dan sudi mengambil berat tentang dirinya. Margaret kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. “Syukut dengan sumbangan ini. Sekurang-kurangnya dapatlah buat belanja. Saya bukannya ada pendapatan sekarang untuk berbelanja,” jelasnya. Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu turut mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (Gafema) yang menyenaraikan 100 penggiat seni sebagai penerima bantuan tahun ini. Hadir menyampaikan sumbangan adalah Ketua Pegawai Elsekutif Finas iaitu Datuk Azmir Saifuddin Mutalib bersama Presiden Seniman, Zed Zaidi. Margaret menerima sumbangan barangan keperluan asas dan juga wang tunai hasil sumbangan penaja. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!