suria

Selepas kereta mewah, Saharul Ridzwan mahu jual rumah di Cyberjaya

Saharul berhasrat untuk menjual kediamannya di Cyberjaya.

SELEPAS berjaya menjual kereta jenama mewah Mercedez Benz, pelakon Saharul Ridzwan berhasrat untuk melepaskan sebuah kediaman miliknya di Cyberjaya.

Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, dia berasa gusar memikirkan kediaman tersebut disebabkan ia dibiayai oleh pinjaman konvensional iaitu pembiayaan bank yang melibatkan riba.

"Kereta selesai masalah, ada satu lagi masalah iaitu rumah. Insya-Allah nanti kita tengok pula rumah di Ceria Residence.

saharul2 - 1

Saharul terbeban memikirkan rumah dengan pinjaman konvensional.

"Lepas ini rumah pula, yang ini sangatlah membebankan saya setiap hari untuk fikirkan sebab ia adalah pinjaman konvensional... Doakan semoga dapat selesai. Amin Ya Allah," katanya.

Saharul berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin.

Menerusi perkongsian video itu juga, Saharul dilihat sedang mempersiapkan kereta mewahnya untuk diberikan kepada pemilik baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu nampak gah tapi akhirnya jadi beban, Saharul Ridzwan cari pembeli Mercedes Benz

ARTIKEL BERKAITAN: Mercedes Benz milik Saharul Ridzwan sudah ada pembeli... Lelaki letak deposit lepas 10 minit kongsi video, ada wanita terjah pejabat mahu beli 'cash'

Tambah aktor berkenaan, dia mengucapkan terima kasih buat semua yang sudah mendoakan urusannya dan berharap kereta tersebut dapat dijaga dengan baik.

"Alhamdulillah syukur Ya Allah. Doakan proses seterusnya dipermudahkan Allah. Belum selesai semua lagi, bila dah tukar nama baru selesai.

"Terima kasih atas doa anda semua. Nampak macam benda kecil tapi sangatlah bermakna bagi saya. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan dan dibantu untuk selesaikan perkara-perkara yang perlu diselesaikan," ujarnya.

saharul1 - 1

Saharul sebelum ini berjaya menjual kereta mewah miliknya dengan harga RM84,000.

Sebelum ini, Saharul memberitahu akibat termakan pujukan rakan selain mahu kelihatan hebat sebagai usahawan, kereta mewah yang dibeli pada 2018 sudah bertukar menjadi beban.

Saharul tanpa berselindung memberitahu ketika itu dia menyangka memandu kenderaan mewah dapat menjadi lambang kemegahan dan ternyata ia merupakan kesilapan besar.

Disebabkan kereta itu jarang digunakan, dia mahu menjual kereta tersebut pada harga RM84,000 bagi melunaskan baki pinjaman bank yang dibuat sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain