MEMILIKI karier dan pendapatan yang stabil tidak membuatkan penyanyi Shila Amzah berasa selesa sebaliknya mula berfikir untuk hidup secara sederhana. Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, dia dan suami iaitu Ubai sedang berusaha ke arah bebas hutang tanpa mempunyai komitmen berlebihan. Disebabkan itu juga, dia berhasrat menjual banglo miliknya di Hulu Langat kerana merasakan ia bukan lagi aset tetapi liabiliti. Shila enggan menanggung liabiliti yang berlebihan. "Saya sudah tidak larat... Zaman sekarang ini orang kena tahu rumah bukanlah satu aset dan saya percaya kami suami isteri rancang untuk hidup dengan rumah sederhana. "Kami mahu miliki financial freedom (kebebasan kewangan), tak mahu pening kepala. "Jadi rumah saya adalah yang saya sedang diami sekarang dan yang lain-lain sudah menjadi liabiti pula," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah buat 'bungalow tour', tunjuk rumah dah kosong siap sedia dijual... "Besarnya jenuh nak jaga" ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Shila Amzah 'throwback' foto bersama anak dan cucu, netizen doa ikatan kekeluargaan kembali bertaut Shila memberitahu dia tidak mengukur nilai kejayaan dalam bentuk kebendaan malah cuba tidak berbelanja di luar batasan meskipun rezeki dalam bidang seni tidak putus. Kata Shila, dia dan suami sudah membuat perancangan kewangan untuk keluarga di masa depan dan berharap dapat meneruskan kehidupan seperti manusia biasa yang lain. "Kami sudah membuat perancangan kewangan di hari tua, untuk anak-anak kami juga. Dulu mungkin kita rasa beli rumah itu satu trend. Kita tengok orang ada (rumah), kita pun nak ada. Kami mahu miliki financial freedom (kebebasan kewangan), tak mahu pening kepala. SHILA AMZAH PENYANYI "Macam saya sendiri, saya tidak pernah melihat harta seperti rumah atau kereta adalah pengukur kejayaan. "Insya-Allah kalau Tuhan kurniakan rezeki lebih untuk kami, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menaik taraf kehidupan kami. Saya nak relaks saja, boleh chill macam orang biasa," ujarnya. Sementara itu, penyanyi lagu Patah Seribu itu memaklumkan dia kini hanya menetap di rumah teres tiga tingkat yang lebih kecil berbanding kediaman banglo miliknya sebelum ini. Shila dan Ubai mahu hidup bersederhana. Tambah Shila, rumah banglo dua tingkat yang memiliki 12 bilik tidur di Hulu Langat itu masih dalam proses untuk dijual. "Sekarang saya tinggal dirumah tiga tingkat tetapi ia hanya rumah teres biasa dan bukannya banglo. Ada seorang pembantu rumah pun dah cukup. "Rumah banglo milik saya itu sudah ada beberapa pembeli yang berminat tetapi kami masih belum putuskan (pilih pembeli) lagi. "Sampai satu tahap saya sudah tidak kisah berapa harga yang dapat dijual kerana mahu move in dan hidup tenang," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!