suria

Tak ‘fetish’ suami orang, Ezzanie Jasny elak cari keserasian dengan pelakon lelaki di luar set penggambaran

Ezzanie mahu nama sentiasa bersih dalam industri seni.

KETIKA nama sedang meningkat naik, pelakon Ezzanie Jasny sentiasa menjaga tingkah laku bagi mengelak nama terpalit dengan kontroversi yang boleh menjatuhkan kariernya.

Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 25, berkata disebabkan itu juga dia sentiasa menjaga batas dengan aktor gandingannya terutama mereka yang sudah bergelar suami orang.

"Siapa nak jadi penyondol... kalau boleh minta jauh perkara ini. Saya pun bukan orang macam itu.

"Saya tak ada nak mendekat suami orang... saya bukan 'fetish' suami orang," katanya kepada mStar.

ezzanie

Ezzanie sentiasa berjaga-jaga dalam tingkahnya.

Dia yang ketika ini berlakon bersama aktor Shukri Yahaya dalam Layang Layang Perkahwinan mengakui bimbang sekiranya dikaitkan dengan cinta lokasi membabitkan suami orang.

Namun dia sentiasa menjaga batas meskipun berada di set penggambaran malah hanya bertindak mengikut arahan pengarah.

"Tapi saya kerja secara profesional. Tak ada nak duduk semeja dengan pelakon lelaki... bila berkerja kerja macam biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noki rakan sekepala Ezzanie Jasny, tak bercinta tapi sedang kenal hati budi

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh gosip bercinta, Noki tampil ulas status hubungan dengan Ezzanie Jasny

"Pengarah cakap action... cut habis. Apa yang pengarah nak kita buat waktu itu saja," ujarnya.

Tidak hanya itu, dia juga tidak menyimpan nombor telefon pelakon gandingannya demi mengelakkan perkara tidak sepatutnya berlaku.

"Saya tak ada nak bermesej-mesej untuk dapatkan keserasian bersama. Saya pun tak ada nak simpan nombor telefon hero-hero saya.

"Untuk dapakan keserasian, saya buat semuanya dekat lokasi penggambaran," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain