SEJAK beberapa hari lalu timbul gosip mendakwa penyanyi Ernie Zakri menjalinkan hubungan sulit dengan seorang pemuzik di media sosial. Menyangkal tuduhan berat itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, mendedahkan dia tahu dalang di sebalik penyebaran fitnah iaitu seorang peminat yang obses dengannya. Kata Ernie, ini bukan kali pertama individu sama melemparkan fitnah terhadapnya malah perkara sama sudah dilakukan sebelum dia berkahwin dengan suami iaitu penyanyi Syamel beberapa tahun lalu. Ernie ketika ditemui pada cara Meet and Greet Paling Ikonik AJL38. "Saya tak nak mengaku kewujudan dia. Saya tak kisah pun sebenarnya, yang penting saya dan keluarga tahu... Semoga Allah menjaga hubungan saya dan Syamel. "Saya rasa dia sakit dan kurang akal. Saya kalau boleh tak mahu perbesarkan perkara ini sebab ia membuang masa sebab sudah diganggu peminat ini sejak beberapa tahun lalu," katanya kepada mStar. Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih takut nama dilupakan peminat, Ernie Zakri nikmati digelar power vocal ARTIKEL BERKAITAN: [V] Industri seni bukan besar mana nak bergaduh, konsert 'Voice of the Heart' satukan Ernie dan Nadeera Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ernie berkata, individu sama kerap mencari tahu mengenai kisah peribadinya dengan Syamel demi mencipta fitnah bagi memburukkannya. Menganggap apa dilakukan sebagai kelakar, namun Ernie bimbang tindakan berterusan individu berkenaan mampu menggangu keharmonian rumah tangganya bersama Syamel. "Dia ada masa menggali mengenai kehidupan saya dan Syamel, bagi saya semua yang berlaku ini kelakar. Saya rasa ini semua sebab cemburu. Saya tak kisah pun sebenarnya, yang penting saya dan keluarga tahu... Semoga Allah menjaga hubungan saya dan Syamel. ERNIE ZAKRI PENYANYI "Saya tidak takut dengan apa-apa yang dilemparkan kerana semuanya tidak benar, saya lebih takut ia ganggu keharmonian rumah tangga saya," ujarnya. Dalam pada itu, Ernie juga enggan memanjangkan perkara berkenaan dengan membuat laporan polis sekiranya ia masih tidak menjejaskan nama baiknya dan keluarga. Dia juga pernah membalas beberapa pesanan yang diterima itu namun ia hanya mengeruhkan keadaan. "Kalau saya ambil tindakan saya hanya memanjangkan saja, untuk apa? Semuanya tidak benar melainkan ia menjatuhkan maruah saya dah keluarga. Ernie diganggu peminat obses. "Tapi sehingga sekarang, orang tak tahu kami kena kacau," luahnya. Sebelum ini, seorang pemuzik tampil menyangkal dakwaan dirinya mempunyai hubunganya bersama Ernie. Kenyataan tersebut dibuat selepas pemuzik berkenaan menerima mesej menuduhnya menjalinkan hubungan dengan Ernie hanya gara-gara memakai pakaian sedondon. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!