HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang berbadan dua. Khabar gembira itu dikongsikan Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, menerusi Instagram miliknya pada pagi Ahad. "Syukur, Alhamdulillah," katanya di ruangan kapsyen. Amani berpelukan bersama ibunya, aktres Fatimah Abu Bakar. Menerusi video tersebut turut memperlihatkan pelbagai reaksi termasuklah suami Amani iaitu Ahmed Faris, rakan-rakan selebriti dan keluarga Amani. Rata-rata mereka terkejut dan sebak dengan khabar gembira itu. Bagaimanapun, Amani tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini. ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Amani kini isteri CEO, terpikat sikap mudah terhibur suami ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bakal suami bijak dan lucu buat Sharifah Amani tertarik, akan nikah tahun ini Namun dia berkongsi beberapa fotonya yang sudah sarat hamil anak pertama. Untuk rekod, Amani dan Ahmed Faris, 40, berkahwin pada 10 September 2022. Pasangan ini disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta teman rapat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!