PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan mengalami pendarahan tanpa henti pada bahagian hidung selama empat jam tanpa mengetahui puncanya. Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, 34, berkata, kejadian berlaku Khamis lalu selepas dia menangis sebelum mendapati hidungnya berdarah. "Hidung saya berdarah tidak berhenti selama empat jam kira-kira dua hari lepas. Saya pun tidak tahu apa puncanya. Hidung Lizzy tiba-tiba berdarah tanpa diketahui punca sebenar. "Sebelum mula berdarah saya menangis disebabkan perkara bodoh dan tiba-tiba hidung berdarah... Empat jam weh," katanya. Lizzy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, penyanyi tersebut turut berkongsi sebuah video memaparkan keadaan dirinya yang sedang menarik kain yang dipenuhi darah beku di bahagian hidung. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elizabeth Tan mahu timang anak tapi takut karier terjejas, selama ini jadi tulang belakang keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Elizabeth Tan teruja tengok 'patung David' depan mata, kesal komen netizen wanita kaitkan seni dan gangguan seksual "Ia agak jijik sedikit jadi kalau anda tidak mahu lihat boleh skip video ini. "Saya terpaksa berdepan dengan situasi ini (darah beku) sebanyak lima kali. Ya Tuhan, apa yang sebenarnya berlaku ini," ujarnya. Penyanyi lagu Police Entry itu bagaimanapun hanya melakukan rawatan sendiri di rumah dengan meletakkan ais pada bahagian hidungnya. Pun begitu, kaedah tersebut dilihat tidak berkesan namun Lizzy bersyukur pendarahan berjaya dihentikan. Lizzy bersyukur pendarahan pada hidungnya dapat dihentikan. Malah penyanyi tersebut turut bernasib baik kerana suaminya, Dr Siew Jim yang juga merupakan seorang doktor berada di rumah untuk menjaganya. "Letak ais dan tekan kuat-kuat semua pun tak berguna. Entahlah. Tapi syukur tiba-tiba pendarahan itu berhenti. "Nasib baik ada doktor ini (suami) dekat rumah kalau tak memang saya panik. Terima kasih kerana sudah menjaga saya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!