SELEPAS empat tahun, pasangan penyanyi Akim dan Stacy kembali dengan lagu duet terbaharu berjudul Ritma dan Rima. Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam, 34, berkata, selepas kejayaan Aku Kau Dan Muzik, mereka memang merancang meneruskan momentum kejayaan lagu berkenaan dan ia akhirnya terlaksana. Kata Stacy, lagu berkenaan cukup istimewa kerana dihasilkan dari hati yang berkisarkan interaksi mereka dengan alam semesta yang berkongsi rentak serta irama sama. Ritma Dan Rima single terbaharu Akim, Stacy selepas Aku, Kau Dan Muzik. “Lagu ini bercerita mengenai komunikasi kami dengan alam semesta yang mana liriknya menghubung kait dengan fauna, flora, awan dan semua hidupan yang bergerak mengikut rentak serta irama. “Kelebihan lagu ini kerana alunan setiap bait melodi mengikut tempo dan ritma alam sekali gus menyuntik elemen segar yang mendorong kita agar lebih menghargai hidupan di sekeliling,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar. Selain Stacy, lagu berkenaan turut mendapat sentuhan Akim sendiri selain susuan muzik daripada Freddy. ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah la try saya“... Akim Ahmad selalu dapat mesej lucah, sampai ada berani hantar gambar tak senonoh! ARTIKEL BERKAITAN: Stacy tak sanggup ambil job review perlu buat content seksi, risau anak dan keluarga marah Lebih bermakna apabila karya yang dihasilkan itu juga diterbitkan syarikat mereka iaitu Rhythm & Rhyme Entertainment (R&R Entertainment). Dalam pada itu, Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 33, pula berkata, dia dan Stacy tidak menjangka penghasilan lagu berkenaan lebih mendalam sekali gus memberikan nuansa baharu dalam jalur muzik mereka. Lagu ini bercerita mengenai komunikasi kami dengan alam semesta. STACY PENYANYI Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret mengakui kolaborasi ini membuatkan mereka semakin selesa bekerjasama sebagai pasangan komposer. “Sejujurnya, keserasian menggandakan keselesaan untuk bekerjasama dengan lebih kerap lagi untuk projek seterusnya apatah lagi kami dapat meluangkan masa bersama. Akim dan Stacy semakin serasi bekerjasama dalam mencipta lagu. "Proses buat lagu juga bukan mudah, memerlukan masa untuk mendapatkan idea. Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke mencari inspirasi. Apabila dapat idea, kami akan bergabung,” katanya. Single Ritma Dan Rima boleh didengar dan dilanggan di platform digital muzik, manakala lirik video rasmi lagu boleh ditonton di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment. Dalam pada itu, muzik video lagu itu juga sudah mencatatkan 67,000 tontonan sejak dilancarkan 18 Januari lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!