suria

Ai Wahida perjelas sebab lepas niqab, dapat izin suami

Ai Wahida kini sudah tidak lagi berniqab.

PENYANYI Ai Wahida atau lebih mesra disapa Wawa tampil menjawab spekulasi berhubung tindakannya membuka niqab.

Ai Wahida atau nama sebenarnya Wahida Amalin Atan, 26, berkata, dia mempunyai alasan tersendiri membuka niqab, malah keputusan itu turut diizinkan suami iaitu Muhammad Syafiq.

Kata Ai Wahida, biarpun dia sudah tidak lagi memakai niqab, penyanyi itu berjanji akan tetap menjaga batas aurat dan mengelak diri daripada berhias secara berlebihan.

Ai Wahida sebelum ini tampil dengan imej berniqab.

Ai Wahida sebelum ini tampil dengan imej berniqab.

"Ramai persoalkan mengapa Wawa buka niqab. Insya-Allah semua yang Wawa lakukan pasti ada sebab dan juga telah mendapat izin dan reda suami semestinya.

"Jangan risau, insya-Allah Wawa akan tetap di jalan ini (menutup aurat). Sentiasa menjaga aurat dengan baik dan sempurna (tutup pergelangan tangan dan pakai stokin), serta tidak bertabarruj memakai mekap dan sebagainya," katanya.

Ai Wahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ai Wahida nikah Isnin dengan jejaka TikTok, sedia tinggalkan dunia hiburan - "Saya nak fokus jadi suri rumah sepenuh masa"

ARTIKEL BERKAITAN: Dua minggu bergelar isteri, penyanyi Ai wahida buat keputusan berpurdah... rasa diri lebih terjaga

Dalam pada itu, Ai Wahida turut mengucapkan terima kasih buat pengikut media sosial yang mengambil berat tentang dirinya.

Penyanyi lagu Kembalilah Bersamanya itu meminta orang ramai supaya mendoakan terbaik buat dirinya dan wanita sedang berjuang menutup aurat.

"Wawa nak ucapkan ribuan terima kasih atas semua komen dan DM di Instagram mahupun TikTok.

"Buat yang sama-sama sedang berjuang, moga kita berjaya dunia dan akhirat. Mohon doakan yang terbaik buat Wawa... Moga Allah reda atas setiap perkara yang kita lakukan," ujarnya.

Keputusan membuka niqab adalah atas keizinan suami.

Keputusan membuka niqab adalah atas keizinan suami.

Untuk rekod, Ai Wahida mendirikan rumah tangga dengan Syafiq pada 1 November 2021.

Selepas dua minggu bergelar isteri, Ai Wahida membuat keputusan untuk mengubah penampilannya kepada imej wanita muslimah dengan memakai niqab.

Penyanyi itu turut meluahkan hasrat untuk bersara daripada dunia hiburan dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain