suria

Isu Puteri Jannah didakwa beli ‘likes’ selesai... Penganjur KNKV Viral Award 2024 perjelas salah faham, bukan tuduh tapi sekadar ‘alert’

Pihak KNKV tampil jelaskan salah faham yang berlaku.

PENGANJUR KNKV Viral Award 2024 menjelaskan isu keraguan undian membabitkan pelakon Puteri Jannah yang dibangkitkan sebelum ini sudah pun selesai.

Jurucakap anugerah berkenaan, Kapten Bersekutu (PA) Adli Effendy berkata, sebelum ini pihaknya hanya ragu dengan tanda likes yang diterima aktres berkenaan namun bukan menuduhnya melakukan penipuan dalam undian.

“Terdapat sedikit salah faham tentang surat makluman ‘Suspicious Activity’ yang telah kami kirimkan kepada Puteri Jannah.

2520113

Salah faham mengenai pencalonan Puteri Jannah selesai.

"Makluman itu bukan bermaksud tuduhan tetapi sekadar alert kepada calon tentang aktiviti meragukan yang dikesan sistem dalam jumlah undian,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Jelas Adli, selepas itu juga sudah dijelaskan secara terperinci kepada ibu aktres berkenaan iaitu Marziedah Thamsir yang sebelum ini meluahkan rasa tidak puas hati.

Adli memberitahu Marziedah juga menerima penjelasan pihaknya dengan hati terbuka dan isu itu sudah pun selesai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat undian tertinggi, nama Puteri Jannah gugur didakwa beli ‘likes’... Ibu minta penganjur Anugerah KNKV perbaiki sistem

ARTIKEL BERKAITAN: Diminta perjelas pembahagian harta arwah Abam, Hidayah malas layan Ali Puteh

Sebelum ini, Marziedah mempertikaiakan sistem pemilihan pemenang bagi KNKV Viral Award 2024 selepas nama anaknya digugurkan sebagai calon bertanding.

Marziedah, 43, berkata dia kecewa apabila pihak pengurusan mendakwa Putri membeli likes menyebabkan nama aktres tersebut digugurkan.

Dia juga menyifatkan dakwaan itu tidak munasabah dan surat rayuan yang dihantar tetap kembali dengan keputusan sama.

Untuk info, Jannah atau Putri Syahadah Nurjannah Izwandy, 24, tercalon menerusi kategori Best Viral Actress.

Fq-g7gJaIAEc6ZU

KNKV Viral Award 2024 ini dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM.

KNKV Viral Award 2024, sebuah majlis anugerah pengiktirafan kepada Pempengaruh (Influencer), Pencipta Kandungan (Content Creator), Platform Tular (Viral Page) dan Saluran Tular (Viral Channel) terulung di Malaysia.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan termasuklah Pempengaruh Nasional Terbaik (Best National Influencer), Pencipta Kandungan Nasional Terbaik (Best National Content Creator) dan Platform/Saluran Nasional Terbaik (Best National Viral Page/Channel).

Malam anugerah KNKV Viral Award 2024 ini dipersembahkan oleh KNKV Group dan RTM, dianjurkan bersama KNKV Studios dan Eventopedia.

Maklumat lanjut berkenaan kategori dan calon-calon yang dipertandingkan boleh didapati di laman web rasmi KNKV Viral Award.

Anugerah KNKV Viral Award 2024 bakal berlangsung pada 20 Februari depan di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain