suria

Tiada niat menunjuk kekayaan, Marsha sudah minta individu padam video ‘tour’ rumah keluarga mentua

Marsha sentiasa menjaga hal peribadi terutama melibatkan keluarga.

SENTIASA menjaga hal peribadi terutama melibatkan keluarga, penyanyi Marsha Milan kurang senang apabila video tour rumahnya menjadi perhatian umum baru-baru ini.

Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, berkata dia sedia maklum video mengenai kediamannya itu tular namun menjelaskan rumah tersebut bukan miliknya tetapi keluarga mentua.

Malah dia juga telah meminta pemilik video berkenaan untuk menurunkan rakaman tersebut selepas ia tular dan menjadi bahan perbualan dalam kalangan netizen.

marsha1 - 1

Marsha sedia maklum video mengenai kediamannya itu tular.

"Saya sebenarnya tak berapa senang apabila video itu dikeluarkan kerana bagi saya rumah adalah perkara peribadi.

"Saya pun kalau kongsi di media sosial tak pernah tunjuk keseluruhan rumah sebab takut jadi apa-apa.

"Itu rumah keluarga mentua saya... tidak ada niat pun nak kongsi kekayaan ke apa. Cuma bila baca masuk telinga kanan keluar telinga kiri," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak tidur asing walau bertengkar cara Marsha Milan jaga keharmonian rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Merangkak bawah almari, tergantung di dinding... Marsha puas jadi hantu, katanya berlakon bukan hanya jual rupa

Marsha berkongsi perkara itu semasa ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Mengulas mengenai dia menetap bersama keluarga mentua, Marsha memberitahu dia tidak pernah merancang perkara itu sebelum ini.

Namun dia bersyukur kerana dikurniakan mentua yang baik memandangkan rumah berkenaan agak besar sekiranya tinggal berdua sahaja.

Itu rumah keluarga mentua saya... tidak ada niat pun nak kongsi kekayaan ke apa.

MARSHA

PENYANYI

"Mula-mula tak jangka yang saya akan menetap bersama keluarga mentua.

"Tapi, Alhamdulillah saya sudah biasa dengan mereka. Kalau duduk dengan suami sahaja, mungkin saya akan berasa sunyi. Lagipun duduk ramai-ramai macam ini ia menyenangkan saya," ujarnya.

Kata Marsha ada kelebihan dia tinggal bersama mentua kerana tidak perlu risau tentang suaminya apabila keluar berkerja.

Menurutnya, dia bukan sahaja selesa sebaliknya dapat menjaga ibu mentuanya yang tinggal bersendirian.

"Kadang-kadang saya perlu seseorang untuk berada di rumah selepas saya pulang dari outstation. Saya akan tahu suami berada dalam keadaan baik sekiranya saya keluar bekerja.

marsha2 - 1

Marsha kini tinggal bersama keluarga mentua.

"Mungkin semua orang tak boleh tinggal dengan ibu mentua, saya faham. Bagi saya, saya okay dan selesa.

"Lagipun ibu mentua saya tinggal seorang. Ayah mentua sudah tiada. Jadi bagus juga kami saling menjaga antara satu sama lain," kongsinya.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang individu berkongsi video tour rumah berkenaan sehingga mencetuskan pelbagai komen jelik netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain