PENYANYI Wany Hasrita mengalami peningkatan berat badan sebanyak lima kilogram selepas berdepan fasa malas sejak beberapa minggu lalu. Wany atau Nurshazwany Hasrita, 32, berkata, dia percaya pengambilan gula berlebihan punca berat badannya meningkat secara mendadak. Kata Wany sejak kebelakangan ini dia sering berasa malas bergerak aktif termasuk menjaga penampilan diri. Wany tekad keluar dari fasa bermalasan. "Saya pun sebenarnya baru keluar 'gua'... Beberapa minggu sebleum ini saya mengalami fasa malas nak buat apa-apa. "Benda itu sangat tak elok untuk saya sebab berat badan saya bertambah 59 kilogram berbanding 54 kilogram sebelum ini. "Saya rasa saya ambil terlalu banyak gula, jadi saya malas nak bergerak. Kulit pun jadi kusam apabila berat badan meningkat. Nak pakai skincare pun malas cuma kalau nak keluar pergi berkerja saja macam biasa," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Wany Hasrita selamat bersalin bayi perempuan ARTIKEL BERKAITAN: Berjauhan dengan suami ketika hamil cabaran buat Wany Hasrita, mujur tak alami alahan Wany berkongsi perkara itu ketika ditemui berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad. Kongsi Wany, sepanjang berada di fasa berkenaan dia gemar menikmati manisan seperti coklat tanpa mengira waktu. Menurutnya tidak ramai yang tahu mengenai perkara itu namun bersyukur apabila ibunya sentiasa berada di sisi untuk menasihatinya. "Baru seminggu saya dah naik 59 kilogram... hari-hari nak makan coklat. Pagi-pagi makan coklat. Wany mula sibukkan diri dengan pelbagai kelas. "Berat tak kisah sangat cuma saya tahu saya menjalani kehidupan yang entah apa-apa berbanding sebelum ini produktif," katanya. Meskipun sukar untuk keluar dari rasa malas itu namun dia bertekad untuk mendapatkan kembali gaya hidupnya yang produktif. Malah dia juga dia juga mula menyibukkan diri dengan mengikuti beberapa kelas agar tidak terlalu kerap berada di rumah. "Sibukkan diri tak nak fikri perkara yang negatif. Saya mulakan semula dengan sekecil-kecilnya dengan ambil kelas bertinju, mengaji... masukan anak saya ke kelas berenang," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!