HASRAT penyanyi Shiha Zikir menerbangkan 200 drone di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) tidak kesampaian selepas mengambil kira faktor keselamatan penonton. Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 37, berkata, idea itu sebagai membawa kelainan secara percaya persembahannya itu nanti akan menjadi sebutan orang ramai. Bagaimanapun selepas perbincangan dilakukan dengan pihak produksi, dia akur apabila mengambil kira faktor keselamatan. Shiha sedang cari idea baharu untuk persembahan AJL38 nanti. "Saya rancang nak bawa 200 drone. Drone itu nanti akan datang ke penonton dan mengeluarkan pelbagai jenis bentuk dihadapan mereka. "Tapi tempat tidak sesuai kerana ia memerlukan kawasan yang luas selain bimbang kalau salah satu drone terjatuh dan terkena penonton," katanya kepada mStar. Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad. ARTIKEL BERKAITAN: Lagu masuk AJL38, Shiha Zikir hairan pencapaian sering dipertikai... “Mungkin orang ingat saya terpaling popular” ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak reti duduk diam, cuba bidang baharu pula... “Rasa puas dapat kongsi rezeki” Berkongsi lebih lanjut, Shiha memberitau kos persembahan berkenaan dianggarkan bernilai RM300,000 namun tidak termasuk kos penari dan pakaian. Malah dia juga sudah mencari pihak yang mampu menerbangkan drone berkenaan dari luar negara. "Kalau jadi dalam RM300,00 untuk drone sahaja, tak termasuk baju dan penari. Saya agak kecewa sebenarnya tapi saya akur dan reda kerana tidak mahu kejadian yang diingini berlaku semasa persembahan. SHIHA ZIKIR PENYANYI "Saya dah cari orang yang akan buat, dah pujuk tapi memikirkan keselamatan saya akur dengan keputusan produksi," luahnya. Kata Shiha, selain membawa drone dia ada memberikan beberapa idea lain namun tetap ditolak oleh pihak produksi. "Saya kalau boleh nak buat persembahan yang penonton akan dapat rasa sekali vibe dia... saya tak nak penonton hanya lihat saya dari atas pentas saja. Shiha mahu beri persembahan yang memuaskan hati ramai orang. "Saya agak kecewa sebenarnya tapi saya akur dan reda kerana tidak mahu kejadian yang diingini berlaku semasa persembahan," ujarnya. Dia bagaimanapun tidak mengalah sebaliknya sedang mencari sesuatu yang mungkin boleh memukau juri pada malam AJL38 nanti. "Saya cuba tukar rancangan lain yang skop dia mungkin lebih kecil harapnya penonton akan boleh rasa," katanya lagi. AJL38 bakal berlangsung 3 Mac depan dengan memperlihatkan 12 buah lagu bertanding merebut gelaran Juara Lagu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!