DILIHAT sentiasa tenang ketika berdepan dugaan rumah tangga, personaliti media sosial Aisyah Hijanah sentiasa cuba bersangka baik dengan semua dugaan dan ujian dihadapinya ketika ini. Menyangkal isu rumah tangga sebagai teknik pemasaran, Aisyah sebaliknya memberitahu sudah cuba sedaya upaya mengelak melakukan perkara mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri. "Apa yang berlaku bukan marketing. Mungkin orang lihat saya tenang sahaja dan sampai sekarang seperti tiada apa-apa yang berlaku. "Saya cuba bersangka baik dengan Allah dan setiap hari minta jalan terbaik untuk saya. Aisyah banyak melakukan solat sunat untuk memperbaiki diri. "Saya cuba kawal diri dan emosi supaya tak buat perkara bukan-bukan dan biarlah tindakan itu dalam kewarasan bukan ikut emosi semata-mata," katanya. Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, berkongsi perkara itu selepas menerima soalan daripada pengikut di Instastory miliknya pada Selasa. Menerusi perkongsian tersebut, pengikut media sosial itu bertanyakan kepadanya sama ada apa berlaku kepada diri Aisyah sebelum ini hanyalah sekadar teknik pemasaran. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syarikat kini milik Aisyah Hijanah, Alif Teega tak anggap isteri tamak tapi memang layak - "Sepatutnya buat sebelum poligami" ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega serah semua aset kepada isteri pertama, Aisyah Hijanah bukan gila harta cuma fikir masa depan Tidak melatah dengan soalan diterima, Aisyah memberitahu dia juga banyak melakukan solat sunat seperti dinasihatkan oleh seorang kashaf iaitu individu mempunyai kebolehan melihat atau mengetahui perkara ghaib. Tambah Aisyah, penjagaan mental dan fizikal juga penting untuk menjadikan dia sebagai individu lebih baik. "Salah satu tip daripada seorang kashaf yang saya jumpa, banyakkan solat sunat mutlak dan mohon kepada Allah petunjuk yang baik. "Di samping menjaga mental dan fizikal supaya boleh berfungsi dengan baik sebagai manusia, ibu, usahawan dan seorang hamba Allah," ujarnya. Aisyah dan Alif mendirikan rumah tangga tujuh tahun lalu. Sementara itu, Aisyah menegaskan hubungannya dengan suami iaitu Alif Teega tidak mempunyai sebarang masalah kerana masing-masing dapat menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Malah dia turut memberitahu kenyataan-kenyataan di aplikasi TikTok berkenaan kesedihan dan kesakitan dialami adalah daripada akaun palsu dan bukan dirinya. "Saya laksanakan tugas sebagai isteri dengan baik, Alif juga begitu. Alhamdulillah kami baik-baik sahaja. "Banyak juga akaun TikTok palsu yang memuat naik hantaran mengenai kesedihan dan kesakitan. Tetapi itu bukanlah daripada saya," katanya. Aisyah mengakui Alif menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik. Pada Isnin, Aisyah meluahkan rasa syukur apabila kes harta sepencarian yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam akhirnya selesai. Kata Aisyah, syarikat Hijanah yang sebelum ini diusahakan bersama suami kini adalah miliknya. Untuk rekod, Aisyah mendirikan rumah tangga dengan Alif pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Bagaimanapun, pada 23 November lalu Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan tindakannya itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan You TONTON VIDEO PILIHAN!