PENYANYI Jin BTS akan memberikan pelukan percuma kepada 1,000 peminat bertuah bersempena dia menamatkan latihan ketenteraan pada 12 Jun ini. Jin atau Kim Seok Jin, 31, akan melakukan perkara itu dalam sebuah acara bersama peminat sebagai tanda terima kasih dan penghargaan sokongan peminat sepanjang dua tahun dia menjalani latihan di dalam kem tentera. Syarikat pengurusan Jin iaitu BigHit Music memberitahu Festa 2024 itu bakal diadakan di Kompleks Sukan Jamsil Seoul yang mana penyanyi itu turut meraikan ulang tahun ke-11 BTS. Peminat tak sabar tunggu kepulangan Jin. Selain bertemu peminat, terdapat juga segmen Jin akan membuat kejutan dengan melakukan aktiviti yang menampakkan sisi berbezanya. Bagi peminat yang tidak dapat menghadiri program tersebut, program itu juga akan disiarkan secara langsung di platform Weverse. Malah festival selama dua minggu itu menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan termasuk tayangan konsert BTS, mesej video ucapan daripada enam anggota lain kumpulan itu dan sebagainya. ARTIKEL BERKAITAN: Army tak sabar menanti kepulangan Jin BTS, tamat latihan tentera lagi 100 hari ARTIKEL BERKAITAN: Bukti stamina seperti ‘army’ sebenar, Jin BTS naik pangkat Pahlawan Kelas Khas Jin adalah anggota BTS pertama yang menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022. Enam lagi anggotanya iaitu J-Hope, Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook masih lagi dalam latihan dan akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!