ANGGOTA kumpulan NCT iaitu Haechan dan Johny didakwa meniduri tiga wanita yang juga peminat mereka ketika bercuti di Jepun pada 3 Jun lalu. Allkpop melaporkan tuduhan tersebut dibuat seorang pengguna @kira_ceo_main di aplikasi X yang memuat naik gambar lima individu dipercayai anggota NCT bersama tiga wanita di hadapan sebuah hotel. "Lelaki tampan dan berprofil tinggi daripada kumpulan idol Korea NCT bertemu dengan tiga orang pelayan bar pada petang tadi," tulisnya pada bahagian kapsyen. Tweet yang mendakwa ahli NCT tersebut tidur dengan tiga wanita. Akaun tersebut dipercayai milik individu berpengaruh dalam industri kelab malam dan pelacuran di Jepun. Bagaimanapun hantaran tersebut sudah dihapuskan susulan menerima kecaman teruk peminat kumpulan berkenaan. Apa lebih mencurigakan, lokasi hotel tersebut dikatakan mirip dengan lokasi didiami Haechan ketika membuat video siaran langung sebelum ini. Dalam pada itu, netizen yang mula menyiasat isu tersebut turut menemui akaun Instagram dua wanita terlibat. ARTIKEL BERKAITAN: Haechan NCT kena saman, ditangkap hisap rokok dalam studio latihan ARTIKEL BERKAITAN: Bilik hotel Jaehyun NCT kena ceroboh, pihak pengurusan kumpul maklumat cari penyebar video Mereka dipercayai merupakan peminat NCT kerana dilihat sering memuat naik gambar anggota kumpulan tersebut. Malah, salah seorang daripada mereka memuat naik tangkap layar perbualan bersama individu dipercayai Johny di InstaStory. Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh agensi NCT berhubung isu tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!