suria

Masayu menyesal berpisah dengan Lembu, anak berubah jadi introvert

Masayu menyesal pentingkan diri sendiri.

PELAKON asal Indonesia, Masayu Anastasia meluahkan rasa kesal memilih jalan berpisah dengan bekas suaminya iaitu Lembu Wiworo Jati sejak lapan tahun dahulu.

Kata Masayu, 40, ketika berlaku kemelut dalam rumah tangga sebelum ini, dia tidak berfikir panjang termasuklah soal masa depan anak mereka.

"Saya selalu salahkan diri sendiri. Kenapa dulu saya tidak bertahan dan hanya fikirkan diri sendiri?

masayu 2

Masayu dan Lembu (kiri) masih mengekalkan hubungan baik.

"Kenapa ketika itu saya tidak memikirkan anak? Itu yang selalu bermain dalam fikiran saya sekarang," katanya dalam satu temu bual.

Tambah Masayu perceraian yang berlaku memberi kesan besar kepada anak perempuannya sehingga menjadi seorang yang pendiam.

Malah menurut pelakon itu anaknya tidak mempunyai ramai rakan di sekolah dan lebih suka memilih untuk bersendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka sedang bercinta, Ivan Gunawan banyak kongsi tips fesyen dengan Inara Rusli

ARTIKEL BERKAITAN: “Punggung keluar darah campur karat...” - Mengaku pasang susuk pelaris, Elly Sugigi tetap tak tinggal solat

"Bagi saya kebahagian anak adalah segalanya. Dia dulu seorang yang ceria, sekarang menjadi introvert.

"Dia hanya ada seorang rakan di sekolah yang sama nasib dengannya dan kawan jadi tempat dia boleh luahkan semua," ujarnya.

Untuk rekod, Masayu dan Lembu yang juga merupakan vokalis kumpulan Clubeighties dan ahli muzik berkahwin pada Julai 2008.

Mereka sah berpisah pada 2016.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 15 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain