suria

Kebahagiaan diri sendiri bukan keutamaan, Joe Jonas dan Stormi Bree berpisah

Hubungan lima bulan Joe dan Stormi berakhir dengan perpisahan.

HANYA selepas lima bulan menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Joe Jonas dan model Stormi Bree dilaporkan sudah berpisah.

US Weekly melaporkan Joe, 34, merasakan sekarang bukan masa sesuai untuk bercinta selepas berpisah dengan isterinya iaitu Sophie Turner pada September tahun lalu.

Malah tumpuannya ketika ini adalah terhadap anak-anak selain sedang sibuk menyiapkan album terbaharunya.

Parents-GettyImages-1438985675-63281084248149038185f010ff64a4d2

Joe dan Sophie berpisah sejak September tahun lalu.

"Joe mempunyai jadual yang padat untuk bersama dengan anak-anaknya dan menyiapkan album baharu.

"Dia terpaksa mengetepikan kekasihnya, bagi dia anak-anak dan muzik adalah segalanya.

"Kebahagiaan diri sendiri bukan keutamaan buat masa ini," kata sumber terdekat penyanyi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto berpesta rosak reputasi Sophie Turner, selesai isu dengan Joe Jonas secara tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas cacah tatu tarikh lahir 2 anak tanda sayang

Joe dan Stormi mula menjalinkan hubungan cinta sejak awal Januari lalu selepas dilihat menghabiskan masa bersama di Aspen, Colorado.

Untuk rekod, Joe mendirikan rumah tangga dengan Sophie pada 2019 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Bagaimanapun pasangan itu berpisah pada September tahun lalu selepas empat tahun berkahwin dan sedang dalam proses penceraian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain