suria

Disangka sedang bercinta, Ivan Gunawan banyak kongsi tips fesyen dengan Inara Rusli

Inara tidak menolak apa-apa kemungkinan dalam hubungan mereka.

HUBUNGAN akrab personaliti media sosial Inara Rusli dengan Ivan Gunawan mengundang persoalan dalam kalangan netizen sehingga ada mendakwa mereka sedang bercinta.

Tampil menjelaskan kekeliruan itu, Inara atau Inara Idola Rusli, 31, mengakui Ivan adalah sahabat baiknya malah selesa berkawan dengan pereka fesyen itu.

Inara menyifatkan Ivan bukan sahaja seorang yang baik malah tidak lokek ilmu dan pandai menghargainya sebagai kawan.

Copy of Untitled (10)

Inara menganggap hubungan mereka masih berada di fasa awal.

"Saya selesa apabila ada kawan yang satu kepala dengan kita dalam bab fesyen. Ivan pun selalu bagi nasihat dekat saya tentang fesyen.

"Baru-baru ini, Ivan sediakan baju untuk saya pergi ke sebuah acara, saya ingat dia bagi pinjam saja.

"Rupanya, dia memang buat untuk saya, terkejut saya bila dapat dua baju untuk dua acara pada hari yang sama," katanya.

Bagaimanapun kata Inara, dia tidak terfikir tentang soal hubungan lebih serius dengan Ivan kerana menganggapnya sebagai sahabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Inara menangis kena siasat polis, Virgoun enggan tarik kes bekas isteri buka telefon tanpa izin

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bincang secara baik, Virgoun dan Inara akhirnya berdamai... Sepakat tarik laporan masing-masing

"Saya tak berani nak cakap lebih sebab masih belum pasti... Maksudnya kami bukan mahram, jadi saya harus pandai menjaga hati," jelasnya.

Untuk rekod, Inara mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Vigoun pada 2014 namun sah bercerai pada November tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain