MODEL asal Ukraine dikenali sebagai Sawa Pontyjska bertindak memfailkan saman terhadap pihak penganjur Festival Filem Cannes susulan atas dakwaan dikasari petugas keselamatan acara berprestij tersebut. Sawa memberitahu insiden tersebut turut mendatangkan gangguan emosi terhadapnya apabila rakaman dia dikasari tersebar di internet. Dalam kejadian itu, petugas keselamatan wannita dilihat cuba menghalang Sawa berdiri di acara karpet merah bagi menghalang dia menyapa peminat atau gambarnya diambil jurugambar. Kelly dan Yoona turut menjadi mangsa sama petugas keselamatan berkenaan. Wanita itu dilihat memeluk tubuh model berkenaan dan mengheretnya masuk ke dalam dewan sebelum dia dilihat cuba melepaskan diri. "Saya cuba melepaskan diri tapi dia tolak saya untuk terus masuk ke dalam dan tiada siapa nampak apa dia lakukan terhadap saya," katanya. Menerusi saman yang difailkan Sawa, model itu menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada pihak penganjur. Sawa bukan selebriti pertama dikasari malah sebelum itu penyanyi Kelly Rowland turut menjadi mangsa petugas keselamatan yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Rowland hilang sabar, marah petugas keselamatan depan orang ramai ARTIKEL BERKAITAN: Konsert jelajah dibatalkan sebab tiket tak laku, Jennifer Lopez beri alasan mahu bercuti bersama keluarga Kelly bagaimanapun dilihat tidak membiarkan dia diperlakukan sesuka hati apabila dilihat memarahi wanita tersebut. Antara selebriti lain yang turut menjadi mangsa adalah penyanyi Yoona dari Korea Selatan dan pelakon Dominican Republic, Masiel Taveras. Susulan insiden tersebut, ramai meluahkan rasa kurang senang terhadap petugas keselamatan berkenaan yang dianggap biadab. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!