suria

Hani EXID bakal kahwin doktor psikiatri September depan

Hani masih belum buka mulut mengenai khabar angin perkahwinannya.

ANGGOTA kumpulan EXID iaitu Hani dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya pada September depan.

Hani atau Ahn Hee Yeon, 32, mengambil keputusan itu selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor psikiatri dikenali sebagai Yang Jae Woong.

Allkpop melaporkan pihak pengurusan Hani bagaimanapun enggan mengulas mengenai khabar angin tersebut.

hani 2

Hani dan pasangan masih lagi kunci mulut.

Sebaliknya menyerahkan sendiri kepada Hani dan Jae Woong membuat pengumuman kepada peminat.

“Memandangkan perkara ini berkaitan kehidupan peribadi Hani, sukar untuk pihak kami memberi jawapan buat masa ini,” kata wakil syarikat pengurusannya.

Pada Jun 2022, Hani dan Jae Woong secara terbuka mengumumkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Hani EXID akhirnya dedah wajah teman lelaki selepas 2 tahun bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Kepala Hani EXID Berdarah

Sejak itu, Hani kerap berkongsi foto mesra bersama teman lelakinya dan tidak lagi berselindung dalam menunjukkan kemesraan yang dianggap bukan perkara normal dalam kalangan selebriti di Korea Selatan.

Bagaimanapun perbezaan usia 10 tahun di antara mereka membuatkan peminat berasa kurang senang dengan hubungan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain