suria

Netizen kutuk tatu Han So Hee nampak murah, pakaian pula tak sesuai majlis

Netizen mengutuk tatu di belakang badan So Hee kelihatan murah.

SEMENJAK namanya dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan pasangan Ryu Jun Yeol dan Hyeri, apa sahaja yang dilakukan aktres Han So Hee pasti ada tidak kena di mata netizen.

Kemunculan So Hee di sebuah pertunjukkan fesyen di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini juga turut menerima tempias apabila ramai mengutuk tengak penampilannya.

Gaun berwarna hijau koleksi Dioliviera Dior yang direka khas oleh pengarah kreatif jenama tersebut iaitu Maria Grazia Chiuri dianggap tidak kena dengannya.

so hee 1

So Hee kembali jadi buah mulut netizen.

Ia susulan gaun berkenaan terbelah di bahagian belakang sekali gus menampakkan tatu bercorak bunga di badannya.

Netizen mengutuk tatu yang dicacah So Hee kelihatan murah dan tidak mempunyai citarasa walaupun dia seorang bintang popular.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam diam-diam, agensi sahkan Han So Hee bakal sambung pengajian di sebuah universiti di Perancis

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

Malah tatu yang terdedah itu dilihat tidak sesuai dengan acara berprestij dan pakaian dikenakan So Hee namun tetap memuji kecantikan aktres berkenaan.

"Kita tak boleh kutuk wajahnya tapi tatu di belakang badannya nampak murah!

"Penampilan So Hee selalu tak kena dengan majlis. Harap muka sahaja cantik," antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain