suria

“Punggung keluar darah campur karat...” - Mengaku pasang susuk pelaris, Elly Sugigi tetap tak tinggal solat

Elly menyesal memasang susuk pada wajahnya.

TANPA berselindung, pelakon dan pelawak Indonesia Elly Sugigi mengaku memasang susuk pelaris di bahagian wajahnya.

Kata Elly, dia bertindak memasang susuk bukan untuk kelihatan cantik sebaliknya berharap mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang seni.

"Bukan untuk cantik tapi nak dapat banyak tawaran kerja. Tapi apa orang lihat bukan kecantikan sebenar," katanya.

elly 3

Elly kongsi penggunaan susuk di wajahnya.

Elly berkongsi perkara itu semasa menjadi tetamu sebuah program podcast yang disiarkan di YouTube.

Cerita Elly, dia memasang susuk berkenaan di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia pada 2010.

Proses itu dilakukan oleh seorang dukun yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Walaupun memakai susuk, Elly memberitahu dia masih seorang Muslim dan mengamalkan semua ajaran agama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: Serah anak kepada petani sebab hidup miskin, Elly Sugigi ditawar RM77,000

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sedar haram dalam Islam, Elly Sugigi mengaku pakai susuk sebab nak popular dan pikat lelaki muda

"Saya masih ikut hukum agama, tetap solat. Susuk saya tak terganggu dengan perkara itu," ujarnya lagi.

Bagaimanapun kata Elly, dia sudah pun membuang semua susuk di wajahnya kerana sedar perbuatannya itu salah dan berdosa di sisi agama Islam.

"Nak keluarkan susuk memang sakit sampai punggung saya keluar darah bercampur karat," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain