suria

Ada sebab naik kereta peronda polis, netizen sangka Nia Ramadhani dan suami ditahan buat ‘perangai‘ lama

Nia dan suami keluar daripada kenderaan polis sambil ketawa.

VIDEO memperlihatkan pelakon Nia Ramadhani dan suami iaitu Ardi Bakrie keluar daripada kereta peronda polis menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya ramai menyangka pasangan suami isteri itu ditahan polis memandangkan mereka berdua pernah terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Lebih mengelirukan, Nia dan Ardi kelihatan ketawa ketika keluar daripada kenderaan polis seolah-olah ada perkara lucu terjadi kepada mereka.

size NP 1 - 2024-05-29T124453.436

Kenderaan Nia dan suami rosak kemudian dibantu peronda polis berhampiran.

Rupanya pasangan tersebut menumpang kereta polis kerana kenderaan milik mereka rosak di tengah jalan.

Kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut berhenti membantu dengan menumpangkan mereka.

Video yang tular itu dibanjiri komen daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan nasib mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani, suami ditahan polis, didakwa ada kaitan dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Mata Nia Ramadhani sembab, menangis dijatuhi hukuman penjara 1 tahun kerana dadah

"Ini kali pertama saya melihat Nia dan saya ketawa terbahak-bahak. Tak servis kereta ke?

"Agak-agak berapa tip yang Nia dan suaminya bagi pada polis yang membantu mereka?," komen netizen.

Untuk rekod Nia dan Ardi pernah didakwa atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu pada tahun 2021.

Pasangan ini dijatuhi hukuman penjara selama setahun oleh pihak mahkamah namun dibebaskan pada Mac 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain