VIDEO memaparkan seorang lelaki di Thailand yang mirip pelakon terkenal Hollywood iaitu Keanu Reeves meraih perhatian ramai di media sosial. Pada awalnya ramai menyangka itu adalah Keanu sedang menjalani penggambaran filem di negara berkenaan. Malah ada yang tidak terkejut melihat kelibat Keanu 'bersidai' di tepi jalan kerana aktor itu memang cukup terkenal dengan sikapnya yang merendah diri. Netizen dakwa Keanu jalani penggambaran di Thailand. Sebelum ini juga sudah banyak tersebar fotonya menaiki kereta api bawah tanah, duduk bertinggung di tepi jalan sambil menghisap rokok dan berbasikal ke mana-mana sahaja dia pergi. Bagaimanapun, tanggapan netizen mula berubah apabila lelaki berkenaan dilihat mengenakan pakaian tradisional Thailand selain cekap membancuh kopi, menjual sotong bakar dan mencuci pinggan mangkuk. Memetik laporan Khaosod Online, lelaki berkenaan bukanlah Keanu sebaliknya warga Jerman yang sudah lama menetap di Thailand. ARTIKEL BERKAITAN: Keanu Reeves lakukan ujian DNA nafi punyai anak ARTIKEL BERKAITAN: Sweet! Keanu Reeves sanggup beli aiskrim untuk beri autograf kepada peminat Lelaki itu difahamkan tinggal di daerah Pak Chong wilayah Nakhon Ratchasima. Dia yang dikenali sebagai sebagai Andreas Kalias telah berkahwin dengan wanita Thailand sejak empat tahun lalu selepas berkenalan menerusi aplikasi temu janji. Menurut isterinya, Kanchalee Phromma, 49, dia meminta Andreas untuk mewarnakan rambut dan janggut selepas melihat wajahnya mirip pelakon terkenal itu. Andreas bersama isterinya yang menetap di Thailand. "Saya mula menyedari dia mirip Keanu selepas berkahwin di Jerman. Saya cadangkan dia mewarnakan rambut dan janggut untuk kelihatan lebih serupa. "Sejak itu ramai mula ambil gambar bersamanya kerana menyangka dia Keanu Reeves," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!