suria

Luang masa bersama, Taha Shah jawab gosip cinta Pratibha Ranta... Mahu kerja balas jasa ibu

Hubungan Taha dan Pratibha menjadi bualan.

HUBUNGAN akrab pasangan pelakon Taha Shah dan Pratibha Ranta mula menjadi bualan ramai apabila mereka dilihat meluangkan masa makan malam bersama di sebuah restoran di Mumbai, India.

Kedua-dua mereka dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam penggambaran drama bersiri Heeramandi: The Diamond Bazaar yang kini sedang hangat ditayangkan menerusi di sebuah platform Over The Top (OTT).

Menjawab khabar angin tersebut, Taha atau Taha Shah Badussha, 37, memberitahu dia kini lebih fokus kepada kerjaya dan tidak memikirkan soal cinta.

taha shah 2

Taha dan Pratibha dilihat keluar makan bersama.

"Saya ada tanggungjawab dan bukan masa untuk bercinta. Saya harus berkerja untuk membalas jasa ibu dan membuatkan dia bangga. Sekarang adalah masa untuk fokus," katanya dalam satu temu bual.

Tambah aktor ini dia mahu memastikan dirinya benar-benar stabil sebelum merancnag untuk membina keluarga di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat wanita dari Malaysia menjerit, teruja dapat jumpa Taha Shah... “Mereka menangis lihat saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Deepika Padukone tepis kamera peminat, marah video dirakam

Bagi Taha sebagai seorang lelaki, dia perlu menggalas tanggungjawab besar untuk menyara kehidupan keluarga sekiranya sudah berumah tangga kelak.

"Bukannya saya tidak mahu berkahwin, tetapi sekarang ini saya 'bercinta' dengan kerjaya supaya boleh menjaga keluarga nanti.

"Saya mahu membina keluarga dan untuk mencapai impian tersebut saya harus berdiri di atas kaki sendiri dahulu," jelasnya.

taha shah 3

Taha kini lebih fokus kepada kerjaya.

Dalam masa sama Taha juga menggambarkan dirinya seorang yang cukup setia dengan pasangan apabila sudah jatuh cinta.

"Saya seorang yang akan memberi sepenuh jiwa terhadap wanita yang dicintai. Apabila bercinta saya akan lakukan bersungguh-sungguh," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain