suria

Rizky Billar naik angin, bengang abang ipar dituduh menganggur dan menumpang rumah Lesti Kejora

Rizky bengang dengan sebuah portal media di Indonesia selepas menuduh abang iparnya ditanggung Lesti.

PELAKON Rizky Billar tampil mempertahankan abang iparnya iaitu Beni Mulyana selepas muncul dakwaan lelaki itu menumpang di rumah adiknya iaitu Lesti Kejora.

Tidak berdiam diri, Rizky menerusi ruangan komen sebuah portal berita menafikan dakwaan abang iparnya itu menganggur dan tinggal bersama Lesti.

Rizky menegaskan Beni sudah biasa hidup berdikari dan tidak bergantung kepada adiknya.

size NP 1 (70)

Rizky berang apabila abang iparnya dituduh menganggur.

"Anda tidak perlu lalai apabila menyiarkan berita. Abang ipar saya sudah berdikari," katanya.

Bukan itu sahaja, khabarnya majlis perkahwinan Beni dan isterinya pada tahun 2020 turut dibiayai oleh Rizky dan isterinya.

Malah, Rizky turut menafikan dirinya menganggur dan memberitahu dia mempunyai pelbagai perniagaan yang pendapatannya boleh lebih besar daripada pekerja portal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN :Akhirnya mengaku lempar bola snuker, Rizky Billar tiada niat cederakan Lesti Kejora

ARTIKEL BERKAITAN :Tiada ijazah tetap boleh berjaya, Rizky Billar anggap masuk universiti bukan keperluan

"Dan saya juga mempunyai perniagaan saya sendiri dan saya pasti gaji pekerja saya lebih tinggi daripada mereka yang menulis berita sampah ini. Mari lihat," katanya.

Untuk rekod, Rizky dan Lesti mendirikan rumah tangga sejak 2021 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Levian Al-Fatih Billar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain