SELEPAS mengambil keputusan membuka hijab, bekas isteri kepada pelawak Sule iaitu Nathalie Holsher sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dilihat kembali berkerja sebagai DJ di sebuah kelab malam. Kata Nathalie, 34, dia terpaksa melakukan semula pekerjaan lama itu kerana kekangan wang dan perlu membayar gaji pekerja. "Saya seorang janda yang sendirian jadi perlu kerja keras cari duit. Nathalie percaya rezeki sebagai DJ masih halal. "Saya perlu bayar gaji orang bawahan saya, itu pun dah banyak... belum masuk elaun tambahan lagi" katanya. Sebelum ini, tular di media sosial video Nathalie sedang menghiburkan pengunjung di sebuah kelab malam mengundang rasa kurang senang netizen. Jelasnya, pekerjaan sebagai DJ kelab malam bukanlah sesuatu yang salah selagi rezeki tersebut masih halal. ARTIKEL BERKAITAN: Sule dedah hampir bercerai dengan Nathalie Holscher... Anak dalam kandungan jadi penyelamat rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Gadis 18 tahun jadi teman wanita, Sule tak malu walau beza jarak usia... “Doakan untuk kami” "DJ itu kan seni, sama-sama macam menyanyi, kan sudah dikira muzik. "Apa pun, yang penting kan cari duit yang halal dan berkat," jelasnya. Untuk rekod, Nathalie berkahwin dengan Sule pada November 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Kemudian, rumah tangga pasangan itu dikatakan bermasalah bermula 2021 sebelum sah bercerai pada Ogos 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!