suria

Ucapan Leeteuk Super Junior buat peminat marah, tiada ruang maafkan Kang In

Leeteuk (kiri) cuba meminta sokongan ramai terhadap Kang In.

NIAT baik ketua kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk meminta orang ramai terus memberi sokongan kepada rakannya, Kang In menimbulkan kemarahan ramai.

Ramai merasakan Leeteuk tidak sepatutnya menyebut nama Kang In dalam ucapannya kerana bekas anggota Super Junior itu pernah terbabit dalam kes jenayah sebelum ini.

Leeteuk semasa memberi ucapan ketika majlis perkahwinan Ryeo Wook turut memberitahu Kang In perlukan sokongan kerana sedang berdepan kesukaran.

kang In 1

Kontroversi melibatkan Kang In telah mencemarkan nama Super Junior.

"Kang In telah melalui fasa untuk diri sendiri lebih lama berbanding ketika dia berada di puncak kejayaan.

"Teruskan beri sokongan terhadapnya agar dia boleh meneruskan hidup," ucapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kangin umum keluar Super Junior selepas 14 tahun bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Video tarian anggota Super Junior tersebar, peminat malu tengok aksi ghairah Eun Hyuk

Peminat menganggap Kang In tidak perlu diberi peluang kedua memandangkan kesalahan dilakukan sebelum ini turut memberi kesan kepada orang lain.

Malah ramai mencadangkan Kang In terus meninggalkan bidang seni dan melakukan pekerjaan lain untuk meneruskan kehidupan.

leeteuk 2

Kesemua anggota Super Junior berkumpul di majlis perkahwinan Ryeo Wook.

Pada Julai 2016, Kang In dihadapkan ke mahkamah di Seoul atas kesalahan memandu secara mabuk.

Tidak hanya itu, penyanyi itu juga berdepan dakwaan jenayah iaitu dituduh mengasarinya teman wanitanya.

Tiga tahun kemudian, Kang In mengumumkan dia menarik diri daripada Super Junior kerana tidak mahu membebankan rakan-rakannya berhubung kontroversi melandanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain