suria

Peminat fanatik berhabis RM75,000 demi foto polariod bersama Mark NCT 127

Seorang peminat sanggup membayar RM75,000 demi bergambar dengan Mark.

KECOH di media sosial apabila seorang peminat fanatik dapat bergambar mesra dengan penyanyi Mark daripada kumpulan NCT127.

Lebih mengejutkan wanita itu sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$16,000 (RM75,000) untuk bertemu dengan Mark dan mengambil foto polaroid bersama dengannya.

Pendedahan itu dibuat seorang individu di media sosial sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam kalangan peminat Mark yang mahu pengalaman serupa.

00310090

Mark antara artis kpop yang menjadi kegilaan peminat.

Jelasnya, wanita berkenaan bertemu dengan artis pujaannya selepas menjadi lima pembeli paling tinggi di kedai menjual cakera padat dan barangan kpop iaitu Japan Mumo Store.

"Kawan saya menghabiskan wang sebanyak AS$16,000 untuk mendapatkan peluang bertemu Mark selepas menjadi lima pembeli tertinggi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan Leeteuk Super Junior buat peminat marah, tiada ruang maafkan Kang In

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas buka tudung, Nathalie Holscher kembali jadi DJ kelab malam... Cari duit untuk tanggung hidup

Difahamkan syarat utama yang dikenakan adalah individu perlu membeli album di salah sebuah cawangan Japan Mumo Store.

Pembelian dengan nilai tertinggi melayakkan mereka bertemu idola pujaan mereka.

Bagaimanapun ada juga menyelar tindakan segelintir peminat yang sanggup membazirkan wang demi bergambar dengan artis kesayangan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain